Saturday, June 16, 2012

Uda & Dara Cornetto by shahroll



As salam, hello readers...


Lepas lunch tadi, aku take nap sebentar. Then, lepas solat Zohor aku lihat satu rancangan yang sebelum ni aku tak pernah tengok. Semacam tak alert pulak rasanya pasal rancangan "realiti" di Astro Ria.


Rancangan tentang Uda & Dara. What the hack this?


May be siaran ulangan. Biasalah Astro kan. Tapi bagus juga dia dok ulang-ulang, dapat lah tengok rancangan pasal aiskrim ni. Apa yang aku dapat lihat. rancangan ni ada 12 peserta iaitu 6 lelaki dan 6 perempuan.



Tugasan mingguan mereka pada minggu ini adalah sesi fotograpi (now u know lah why am post this!) setiap pasangan ditukarkan, bukan seperti minggu yang sudah. Dibahagikan kepada 2 kumpulan berbeza dan mempunyai tema yang berbeza juga.

Kumpulan 1 membawa tema "Fun & Relex" manakala kumpulan kedua pula membawakan tema "Black & White"

Untuk tugasan ini, juri professional adalah dari jurugambar professional dan juga pelakon professional iaitu Joe (jurugambar) serta Tony Yusoff dan Yasmin Hani memimpin peserta untuk memberikan pose yang terbaik yang dibantu oleh jurugambar yang Pro lah (even aku tak kenal)

Tak banyak aku belajar dari sesi fotograpi tu. Yelah, bukan fokus pada jurugambar kan, tapi pada peserta. Sedih jugak lah bila ada peserta yang tak reti komunikasi dengan pasangan, tak reti nak senyum, tak reti nak komunikasi dengan jurugambar dan sebagainya.

In real life, memang aku ada berhadapan dengan situasi cam ni. Lagi, aku tak dibantu oleh Yasmin Hani untuk menguruskan pasangan untuk pose. TAK DE OK? kalau ada, bayarannya pasti 2-3 kali ganda dari pakej kahwin aku, setuju?

Ok lah, nak layan magazine, enjoy your weekend!

cheers!

No comments: