Sunday, February 05, 2012

Selamat menyambut Maulidur Rasul - Contoh terbaik seluruh umat! by shahroll

picture credit: HERE



Wajib beriman kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan agama Islam yang dibawanya;

Huraiannya.
Sesiapa jua yang berada pada zaman Nabi Muhammad s.a.w.  atau yang datang kemudian hingga ke hari Qiamat diwajibkan beriman kepada Baginda s.a.w. dan kepada agama Islam yang dibawanya apabila berita kerasulan Baginda s.a.w. sampai kepadanya. Jika tidak maka orang itu dihukumkan kafir dan akan menerima azab seksa neraka disebabkan kekufurannya itu.

Hukum ini meliputi seluruh umat manusia termasuk kaum Yahudi dan Nasrani yang mempunyai kitab Taurat dan Injil. 

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak harus berdalih untuk tidak menerima agama Islam yang dibawa oleh Baginda s.a.w., dengan sebab mereka ada mempunyai kitab, kerana kitab-kitab mereka kalaulah tidak disebabkan mereka meminda, mengurangi dan menokok-tambahnya, sudah pun mansukh setelah habis masa kegunaannya dengan kedatangan Rasul yang akhir sekali - Nabi Muhammad s.a.w. dan kitab suci al-Qur'an yang dibawanya.



No comments: