Tuesday, January 24, 2012

Big Plate: Kampung Melayu Subang by shahroll



As salam, hello readers...


beberapa minggu lepas, aku sempat pergi ke satu restoren yang menawarkan pelbagai makanan Barat bersama dengan teman seperjuangan. Pertama kali aku makan disini dan ramai juga pelanggan yang ada walaupun restoren ini berada di tempat yang "rare".


Aku tak snap harga-harga dalam menu ni, 
nak tahu korang pergi sendiri.. muahahahha~

Rare maksud aku, tempat dia ni bukan lokasi yang strategik pun, deretan belakang-belakang kedai. Aku memula tak expect yang kedai ni jauh ke belakang area Subang Permai. Tahu-tahu, "eh, ada kedai kat sini?" cam tu lah reaksi aku masa aku memula sampai.

add-on: Salad Mayonis (banyak gile!)

Lamb Shrank: RM 23.00 hengget

Hot Lemon T

Aku tunggu makanan hampir 45 minit. Air pun agak lambat di serve. Nasib baik dapat bersabar sebab pelayan tu kata, ada problem kat bahagian membuat air. Ok lah, kau dah minta maaf dan beri penjelasan.

Tapi makanan yang disediakan memang SUPERB! 1st time makan lamb yang lemak+pedas (lada hitam banyak) dan kuah dia yang pekat. Sampaikan brokoli yang buat hiasan tu aku sapu juga makan!

Kentang dia ada kulit. Korang kena buang kulit dia dulu before makan. Jangan jadi macam aku, main makan je (tak perasan ada kulit sebenarnya) dah tinggal 1 potong kentang baru nampak ada kulitnya. Demm!

Kalau korang yang berhajat nak bawak family korang ke sini, boleh tengok alamat kedai kat bawah;

Big Plate  
27 Jalan Alfa F U6/F, Subang Permai, 40150 Shah Alam, Selangor
03-7845 8073 [Google Map]

Rate aku untuk kedai makan nie:-

Cleanliness : 4/5

Ambience : 4/5

Food Quality : 5/5

Service Quality : 3/5

Value For Money : 4/5

Overall : 4/5



4 comments:

hazman aka species1980 said...

MENARIK gak tue....agak2x dapat tak kita GTBC buat food review kat sini...hehehe

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

Bro Hazman:

terfikir gak cam tu, tp memandangkan byknyer customer masa makan, mcm tak perlukan advertising je.. huhuhu~

NighBerkz’S Blogs said...

agak2 brape bintang leh bagi??ehehhe



http://nighberkz.blogspot.com

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

NB:

Bintang xde, sebab tak nmpk pon bintang lam restoren ni.. ahaha~