Monday, January 23, 2012

GONG XI FAI CAI!! XI NIAN KUAI LE!! by shahroll

2012 - YEAR OF WATER DRAGON
May the celestial Dragon bring great luck, good health,
prosperity,joy & happiness to everyone!!!

As salam, hello readers...
Baru balik dari Tanjong Karang. Dari sana bertolak pada jam 12.00 tengah malam sesudah aku habiskan filem IP MAN 2 yang disiarkan di tv3. Sempena Tahun Baru Cina, baru aku dapat layan filem ber-genre aksi kungfu.

Seronok juga layan filem kungfu. Dari dulu aku minat aksi-aksi yang dipamerkan di dalam filem kungfu (sejak dari zaman Drunken Master). Tangkas, cepat dan gaya tersendiri gerakan-gerakan yang dibuat. Sekali-sekala tak senang duduk aku tengok, sebab hentakan dan pukulan tu seakan-akan "terasa".

cool film!

Mesej yang aku dapat tangkap dalam filem IP MAN 2 banyak. Cukup banyak pengajaran dia yang aku timba selama 2 jam menonton. Antaranya;

#1 Elemen kekeluargaan sangat kuat. Siapa pon kau, sifu ke apa ke, keluarga adalah no.1. Kerana keluarga jugalah Sifu Ip dan Sifu Hung dapat berbaik.

#2 Penjajahan British- Bangsa lain tidak memandang tinggi kepada bangsa yang dijajah. Dalam filem ni aku dapat lihat betapa rendahnya penilaian bangsa asing yang menduduki tanah besar China. Jika sesuatu bangsa itu dihinjak, dihina tradisi yang diwarisi, siapa lagi yang mahu membela?

#3 Keluar dari zon selesa-  Sifu Ip bukan orang Hong Kong. Orang yang datang dari Fohan. Yang membawa ilmu martial art untuk di "perniagakan" di HK. Ini membawa mesej kepada aku bahawa, jika di tempat sendiri tidak dapat membawa apa-apa keberuntungan, why not tidak berhijrah ke tempat lain? Perkara ini aku dapat lihat dimana bangsa Cina berhijrah ke seluruh pelusuk dunia. Cool right?

Aku dapat video yang cool dari Youtube, about Wing Chun (martial art)


Enjoy!

2 comments:

akuzle ayu said...

ahkak mmg setujuk ngan points/mesej yg awk dpt dr filem tuh. akak pon tgk kt tv3. mmg respek ngan Yip Man.. ader lagi eks beliau now? yg penting, integriti dalam diri...insyaallah! selamat...

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

Akuzle:

Yip Man yang sebenar tak tahu la hidup ke tak. Dia guru kepada Bruce Lee kan? huhu~