Saturday, November 26, 2011

Kamera Olympus VG-110 yang aku beli di Papar, Sabah! by shahroll


As salam, hello readers...

Segmen kali ni aku nak bercerita pasal kamera. Lama aku tak sentuh bab kamera eh. Review pon dah lama aku tak buat. So kali ni aku berkesempatan nak share ngan korang semua pasal 1 kamera yang aku gunakan semasa tugasan aku di Papar, Sabah.

Pada awalnya, aku sudah ada kamera lain untuk digunakan. Kamera kompak. Namun disebabkan SD card rosak, aku terpaksa membeli SD card yang baru. Tetapi selepas sampai di kedai gambar yang ada disekitar pekan Papar, aku beralih membeli kamera pulak!

Olympus VG-110

Benda pertama yang korang akan rasa, kamera ni ringan. Sedap dipegang dan mudah digunakan. Orang yang pertama kali amik gambar pon dah pandai guna menu-menu yang ada dalam sistem kamera Olympus ni.

memberikan keselesaan kepada pengguna

Harga yang ditawarkan adalah RM399. Tapi aku mintak kurang sikit dengan towkey kedai tu (loghat Sabah bah!) last-last dia bagi RM350. Ok lah tu siap dia kasi SD card 4GB. Aku mintak tripod kecik tu, tapi dah habes pulak katanya.

Ada beberapa mode yang biasa pada kamera ini ada dalam kamera lain. Set Automatik menjadi pilihan aku bila berada diluar (outdoor). Kamera ni jugak menghasilkan video yang berkualiti dari segi visual mahupun audio. Bertepatan lah dengan 12 Megapixel yang ditawarkan.

interface belakang kamera

4x Wide

Maklumat terperinci pasal kamera ni, korang boleh layari di Olympus Website, jika ada hati nak pergi travel bawak kamera kecik! Memang berbaloi dan kerja anda lebih mudah! =D

Layan video yang sempat dirakam menggunakan Oly VG-110


enjoy!

[p/s: Dah baca pasal Olympus PEN-LITE? sila ke SINI untuk membaca dan share ye! =D thanks!]

1 comment: