Berita mengenai pemergian Alllahyarham Shamrin (Fotograf) benar-benar buat aku tersentak semasa nak pergi minum pagi tadi. Aku membeli newspaper Kosmo! dan terpampang laporan tentang arwah. Menurut laporan, arwah meninggal dunia disebabkan kegagalan fungsi jantung.
Punca: Selepas rebah ketika bermain bola sepak di padang bola Kelab Sultan Sulaiman. Sewaktu arwah bermain bola, arwah mengangkat tangan dan membongkok seperti mahu mengikat tali kasut (laporan asal:Kosmo)
photo credit: metamobile
Sedikit info tentang Allahyarham Shamrin,
1) Nama penuh: Mohd Shamrin Abdul Sama
2) Umur: 45 tahun
3) Lulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM)
4) Lain-lain boleh di lihat di Kosmo online
Semoga, keluarga arwah tabah menghadapi ujian dari Allah ini. mari sama2 kita sedekahkan Al-fatihah untuk arwah...
p/s: Walau di usia muda, kematian berada hanya di "sisi" kita saja.. wallahualam..
1 comment:
Al-Fatihah dan takziah buat keluarganya
Post a Comment