Thursday, November 11, 2010

Majlis Sambutan Hari Integriti 2010 di Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) | Putrajaya by shahroll

Salam semua =)


Hari ini saya telah pergi ke Auditorium Kompleks E, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia di Putrajaya, bersama dengan rombongan dari UiTM Shah Alam. Peserta-peserta dari UiTM Shah Alam adalah dari kakitangan Pejabat Pendaftar, Bendahari, Fakulti dan Perpustakaan. Saya peserta tunggal dari perpustakaan yang menghadirkan diri untuk ke majlis tersebut.


Majlis bermula pada jam 8.30 pagi adalah ketibaan warga Kementerian Pengajian Tinggi dan tetamu jemputan. Pada jam 8.45 pagi, ketibaan YBhg. Tan Sri Dr. Zulkefli bin A. Hassan, Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi dan 9.00 pagi pula, adalah ketibaan YB. Dato' Dr. Hou Kok Chung, YB Dato' Saifuddin bin Abdullah merupakan Timbalan-timbalan Menteri di Pengajian Tinggi.


Seterusnya, ketibaan YB Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Pengajian Tinggi masuk ke dalam Auditorium. Then, semua hadirin diminta untuk berdiri untuk menyanyikan lagu Negaraku dan lagu Kecermerlangan Pengajian Tinggi. Lagu Negaraku hafal la, but tang lagu yang lagi satu tu, just tengok je la orang-orang Koir Kementerian nyanyi.. huhu~


Pastu, bacaan doa dan bacaan ikrar Integriti. Then, ucapan aluan dari YBhg. Tan Sri Dr. Zulkefli bin A. Hassan seterusnya ucapan perasmian oleh YB Dato' Seri Mohammed Khaled bin Nordin.


Selepas Datok' Seri habiskan ucapan beliau, forum "Integriti Pemangkin Transformasi" mengambil alih suasana di dalam Auditorium. Para panel terdiri daripada Tan Sri Jins Shamsudin (Senator Malaysia), Ras Adibah Radzi (Pembaca berita NTV7) dan juga Ustaz Hj. Shahrizan bin Hj. Daud At Turabi (Mentor Imam Muda). Moderatornya pula adalah, Fedri Yahya yang begitu petah sekali berbicara dan sekali sekala bergurau senda sambil beradu pantun (hamboihhh! penangan FY la nie.. heheh)..


Forum berjalan dengan lancar dan tidak begitu formal. Lagak seperti santai saja. Tu yang sedap nak focus, sebab tak la formal sangat. Dan Fedri Yahya selaku moderator pula, walaupun serius bermadah, tetapi alunan suaranya memukau para hadirin yang datang, termasuk lah aku.


Setakat ini dulu, nanti aku kongsi lagi... salam! =)

2 comments:

hamzah ian said...

adakah anda sudah tahu saya menang torch???

ah, anda sudah tahu. saje je nak bgtau sekali lagi.. haha

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

Faez (bukan Hamzah):

hahahaha~ hemmpehhs sekaliii~ bhuaahahaha.. Honda Ex5 ko mengancam dowh!.. nak aku load?