Showing posts with label saifuddin. Show all posts
Showing posts with label saifuddin. Show all posts

Saturday, March 30, 2013

suara anak muda: @SaifuddinAbd SOAL @MatLuthfi90 & @IniAnwarHadi JAWAB by shahroll

Saturday, March 30, 2013



As salam, hello readers...

Ingin membuka channel Youtube Anwar Hadi, terjumpa video yang agak seronok untuk ditonton dan dianalisa. Walaupun sesi "berborak" dilakukan dengan cara yang santai, namun output yang diutarakan oleh kedua panel iaitu Mat Lutfi dan Anwar Hadi begitu berharga bagi panel/moderator, Dato' Saifuddin Abdullah.

Channel: Warta Rakyat

Seronok bila melihat diskusi yang santai yang mana kita tahu, Datuk Saifuddin merupakan salah satu menteri yang suka mendekati anak muda dan membawa  politik baru. Dengan cara ini, beliau dapat memahami corak pemikiran dan pemahaman anak muda tentang dunia politik di Malaysia.

Dalam diskusi ini juga, ditanya bagaimana media sosial mempengaruhi anak muda dalam menilai sesuatu itu melalui blogs, twitter, Facebook dan lain-lain medium setelah television (24%) dan surat khabar (12%) tidak mampu untuk menarik minat golongan muda untuk melihat dan membaca.

Saifuddin Abdullah

Anwar Hadi
Gambar: NST

Mat Lutfi

Kepetahan dalam berdiskusi tidak dapat disangkal oleh kedua Youtubers Malaysia yang famous ni. Aku juga kagum dengan mereka yang bijak menyusun kata-kata walaupun tidak "seberat" ahli politik, tetapi mampu membuatkan orang lain berfikir akan kehendak semasa anak muda zaman sekarang.

Latar belakang mereka dalam pelajaran, juga aku rasa membantu, bukan mengeluarkan point-point atau kata-kata kosong!

enjoy!

Saturday, May 12, 2012

Bersama Dato' Saifuddin Abdullah di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) by shahroll

Saturday, May 12, 2012


As salam, hello readers...


Jumaat lepas aku ada menghadiri Sambutan Hari Pekerja peringkat IPTA yang disertai 20 buah universiti tempatan. Inilah pertama kali aku masuk ke UIA secara rasmi (waktu bekerja). Sempat berjemaah menunaikan Solat Jumaat. 


Pengalaman yang berbeza tatkala khutbah dibaca menggunakan Bahasa Arab secara total. Aku hanya tertunduk ke lantai sambil memejamkan mata.



Ini juga kali pertama aku mendengar taklimat dari Dato' Saifuddin. Lemah lembut suaranya. Aku boleh mendengar seketul-seketul ayat yang dibahas dengan jelas apa yang diperkatakan dalam Sambutan Hari Pekerja.

Aku share dengan anda.

Paling aku ingat, pekerja bagi Dato' ada 3 jenis. Yang pertama jenis Pekerja Rutin. Pekerja rutin maksudnya, kerja yang hari-hari sama saja mengikut apa yang sudah dirancang. Benda yang sama korang buat setiap hari. Contoh, kerja office.

Kedua, Pekerja Network (inter-linker). Pekerja macam ni kata Dato' macam kerja Public Relation (PR) tu lah. Banyak deal dengan orang ramai. Kemahiran komunikasi yang tinggi jenis pekerja begini. Kerja yang tidak terlalu rigid dengan jadual, tetapi mampu melaksanakan beberapa kerja yang lain.

Ketiga, Pekerja Kreatif & Inovatif. Pekerja seperti ini kalau korang nak tahu macam tukang kasut, tukang kebun dan lain-lain pekerjaan yang pada pandangan umum biasa saja. Tidak menjana pendapatan yang tinggi pun.

Tetapi kata Dato', dunia pekerjaan hari ini semakin lama semakin memerlukan pekerja yang kategori ketiga, iaitu yang kreatif. Kita dah lama dipupuk dalam minda sejak zaman-berzaman tentang pekerjaan yang menjamin kedudukan yang tinggi seperti doktor, lawyer,jurutera tetapi kita lupa, jika kita kreatif serta inovatif, mampu menghasilkan penjanaan wang. Dan ia sudah terbukti.

Bergambar kenang-kenangan bersama Dato' Saifuddin Abdullah.
*orang belakang mesti hot tengok aku* HAHA! janji dapat!

enjoy!