Showing posts with label ramadhan 2010. Show all posts
Showing posts with label ramadhan 2010. Show all posts

Friday, August 20, 2010

Who is Nurul Elfira Loy?? by shahroll

Friday, August 20, 2010
Salam all! =D


Bersolat Jumaat tadi di Masjid UiTM Shah Alam dan apa yang menarik perhatian, setelah diubahsuai luaran dan dalaman, begitu cantik sekali. Siap dah ada menara. Subhanallah, cantik sungguh. Dengan sistem audio dan air-cond yang bagus, memang sangat selesa untuk para jemaah yang hadir


Ok, topik blog artis kali nie aku amik artis yang cute-miut dalam cerita Qalesya. Aku perasan dia nie pon sebab aku layan cerita tu la. Seronok gak. Musim pertama dulu, cuma layan gitu-gitu jerk, now dah musim ke dua pulak. Tak silap aku cerita nie mula hari Selasa sampai Khamis kat Astro Prima.



Sekilas pandang, jika NEL (nama singkatan yang diberi oleh aku ye..) kalau tak pakai hijab / tudung macam pelakon Sinetron pulak. Cute kan? haa.. kan aku dah cakap dia nie cute.. heheh~ tapi lagi cute kalau NEL bertudung macam kat cerita Qalesya tu..


**source: Google

See? bagi aku nie lagi cool dan lawa serta cute. Haihh~ puji lebey2 nampak ko Roll? haha~ betol la nie, benda lawa cakap la lawa.. kan? =D

Sedikit quote dari Astro:-
Qalesya bekerja sebagai pembantu am di sebuah sekolah di Kuala Lumpur, menggantikan tempat ayahnya, yang sedang sakit. Di sekolah itu, Qalesya turut mencuri peluang untuk belajar di luar kelas. Di samping itu, Qalesya turut mengajar mengaji secara separa masa untuk mendapatkan wang tambahan. Semuanya dilakukan demi mencari wang tambahan untuk menampung kos perubatan ayahnya. Namun, kehidupan Qalesya yang sememangnya sudah sukar itu, dibebani pula dengan kehadiran Shakira.
Salam!

Saturday, August 07, 2010

Somebody is leaving because...... by shahroll

Saturday, August 07, 2010
Salam all! =D

Live blogging dari cybercafe seksyen 7, Shah Alam. Actually baru habis dengar ceramah dari Masjid Shah Alam tentang bagaimana hendak meningkatkan amalan puasa kita di bulan yang mulia yang akan tiba insyaallah pada 11 Ogos ini. Para panel yang saya sangat kenali dari zaman Forum Perdana Ehwal Islam, iaitu Dato` Ismail Kamus yang bersahaja cara penyampaiannya tetapi tepat pada isi dan kesannya. itulah Dato` Ismail =D


Sebagaimana yang kita sedia maklum, puasa telah diperintah oleh Allah s.w.t kepada kita dan juga umat-umat yang sebelum kita lagi. Antara lain isi yang disampaikan panel, perkataan RAMADHAN ( RO, MIM, DHO, ALIF & NUN ) membawa makna yang besar. Dapat dirangkumkan, bulan yang hanya datang sekali dalam setahun ini membawa rahmat dan nikmat yang tidak terhingga kepada kaum muslimin dan muslimat. Cuba google untuk maklumat lanjut.

Itulah serba sedikit yang saya kongsikan pada sesi ceramah ilmu yang disampaikan tadi. Off to Kuala Selangor, Salam =D

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak Muslimin dan Muslimat! =D