Showing posts with label psy. Show all posts
Showing posts with label psy. Show all posts

Monday, February 11, 2013

(video) PSY mempersembahkan Gangnam Style sempena Chinese New Year di Penang! by shahroll

Monday, February 11, 2013



As salam, hello readers...

Seperti yang aku tulis pasal PSY yang lalu, maka hari ini Korean Youtube sensasi telah pun melakukan persembahan "super-power" nya di Penang untuk menghiburkan hadirin yang aku baca dalam 100 ribu pengunjung. Tuddiiiaaa.. apa cheq nak habaq kat ang? hebat tuh! Walaupun dikhabarkan hanya satu lagu, itu cukup memuaskan hati semua yang hadir dapat melihat PSY secara dekat.


Walau apa pun, ketepikan pasal harga dia yang RM2.3juta tu. Dah ada organizer yang sanggup bayar, so we can't talk much la kan? Maka, aku list kan beberapa impak yang mungkin kita boleh bincang bersama;

#1- Pelancongan
Dari segi pelancongan, ini sangat baik. Kerana PSY secara tidak langsung mempromosikan Penang (Malaysia) di dalam laman Facebook dan Twitternya (walaupun di update oleh manager nya) namun, sedikit sebanyak orang seluruh dunia kenal akan Malaysia (walaupun Tun. M dah bawa Malaysia ke level paling tinggi)

#2- Business
Yang ini korang tak kan nampak lah untungnya pada korang secara direct. Tetapi lebih kepada penganjurannya. Modal yang besar mempunyai pulangan yang besar juga? betul tak? ini basic perniagaan. Tiada modal sebesar itu untuk pulangan yang sedikit yakni rugi. TIDAK!

#3- Media Massa
Pasal ini, aku tak berapa pasti lah kalau akhbar arus perdana buat liputan ni. Belum update lagi nampaknya. Dengan adanya konsert MEGA sebegini, pasti editor-editor di Malaysia UP kan story ni dalam paper dorang. Maka, paper akan terjual lebih 4.2juta naskah! nampak tak permainan di situ? HAHA!

#4- Blogger
HAHA! tang ni nak aku ulas lebih ke? perlu ke? wajib ke? HAHA! adess, gelak je. Sakit perut aku. Ok lah, yang ini aku SETUJU 100% akan hal blogger ambil peluang sepenuhnya menggunakan SEO "PSY" come to Penang or Malaysia. Seminggu lah korang tak perlu update sebab traffik tengah laju masuk kan? Dengan lajunya traffik yang korang dapat (walaupun konon-konon membantah!) dapatlah RM30-RM40 hengget masuk lam akaun iklan korang, tak gitu?

Itu je lah yang aku mampu tulis, sebelum aku lupa. Sebelum aku habiskan ayat terakhir, jom layan video PSY live @ Penang!! enjoy!

PSY touch down to Penang by private jet!

OPPA GANGNAM STYLE bebehhh!!

UPDATE:
Melalui twitter @psy_oppa berapa banyak Re-Tweet dan Favorite diperolehi!
SINI

Saturday, February 09, 2013

PSY datang ke Malaysia?? by shahroll

Saturday, February 09, 2013



As salam, hello readers...

Lambat juga aku respond hal ni dalam blog aku. Well, banyak sumber aku dah baca melalui penulisan blog lain yang menulis hal ini. Bagi pendapat peribadi aku, RM2.3 juta untuk satu lagu yang berdurasi beberapa minit itu adalah sama sekali wajar. Kerana apa?

PSY artis bertaraf superstar. Bukan cikai punya artis korang jemput. Seluruh dunia kenal PSY dan lagunya berkumandang segenap tempat. Macam aku pergi ke Kemboja aritu, kedengaran lagu ini disana. Kuat pengaruh PSY ni.

Lagi?

Aku kurang arif dalam "back-end" sesuatu event lagi-lagi konsert. Tapi aku percaya, pengurusan PSY dah menetapkan USD750 ribu untuk persembahan dia. Oleh kerana nama dan reputasinya yang sedang meningkat, "demand" itu berlaku. Kalau tak, siapa nak jemput PSY? HAHA!

"sexyyyy ladyyyy..."

Kalau aku la yang taja RM2.3 juta tu, baik aku jemput artis-artis Malaysia yang lain. Rancak sikit industri hiburan Malaysia. Banyak artis dengan bajet sebegitu rupa. Tak pun, jemput minah dalam Youtube ni menyanyi, sedap jugak! HAHA!


enjoy!

Saturday, October 06, 2012

(concert) PSY @ Seoul Plaza!! by shahroll

Saturday, October 06, 2012



As salam, hello readers...

Hari ni aku nak berjalan-jalan ke Setia City Mall dengan my mom. Sebelum nak keluar, ada masa untuk update blog. Gunakan masa sebaik mungkin, btoi dak? Bercerita berkenaan konsert yang aku "hadiri" di Seoul Plaza, Korea untuk melihat sendiri PSY di depan mata!

Siapa PSY? sangat ketinggalan anda. Baca SINI.

Harga tiket? Aku dapat FREE je. Paling depan aku berdiri. BEST! Kipas bawah kaki lagi. Air di sediakan oleh "penganjur". Memang puas hati sangat-sangat lah =p

Jyeahhhh!! konsert depan PC yow~

PSY, YOU ARE CONCERT MASTER!! 
최고의 콘서트에 감사드립니다!

Konsert live streaming ini dibawa oleh Youtube di channel PSY. Puas hati sebab dapat tengok tanpa menunggu buffering yang lama. Smooth je. Thanks P14G yang aku subscribe selama 5 tahun!

PSY sedang beraksi on stage...
(ade kesan buffer, tapi sekejap je sebab aku besarkan screen)

PSY melihat crowd yang ada dihadapannya.. TERLALU RAMAI..

PSY membawakan lagu-lagu yang terdapat pada album ke-6 nya itu. Baru aku tahu yang tak semua lagu dalam album PSY tu macam Oppa Gangnam Style nyer konsep, tapi campur-campur. Ala macam ala Rock & Roll, ada ballad (yang ballad ni best!) boleh dikatakan pelbagai la. Tapi yang pastinya lagu Oppa Gangnam Style di hujung persembahan. Biasa la kan... lagu killer =D

Tuesday, September 11, 2012

Britney belajar tarian gangnam PSY!! by shahroll

Tuesday, September 11, 2012



As salam, hello readers...

What amazing PSY sensation right now kan? Sampaikan Britney Spears, artis antarabangsa turut "menarikan" tarian dari selebriti terkenal Korea ini. Nampaknya lagu-lagu Korea sudah pun menembusi pasaran Hollywood dengan tercetusnya fenomena yang dilakukan oleh PSY!

Channel Ellen Premier Week on Youtube...



Gaya tarian "Kuda+senaman" menjadi inspirasi PSY!

Musik itu universal. Asalkan melodinya kuat untuk menarik perhatian ramai serta tarian "original" tanpa meniru mana-mana tarian yang ada. Itulah membuatkan "fenomena Gangnam" berterusan.

enjoy!

Wednesday, August 29, 2012

Popular sungguh "Oppa Gangnam Style" eh? by shahroll

Wednesday, August 29, 2012


As salam, hello readers...

Sejak 2 minggu sudah aku mendengari satu lagu yang kerap di "share' dalam laman sosial Facebook iaitu Oppa Gangnam Style. Tajuk lagunya semacam "tak paham" apatah lagi dengan bahasa Korea yang digunakan dalam nyanyian lagu tersebut. Tetapi menjadi "virus" satu dunia. Lebih tepat, music trendsetter?

Penyanyi dia? entah, aku tak kenal. Yang aku cam, penyanyinya bersisir rapi rambutnya dan agak gempal, macma aku. Tak lengkap kalau tak ada cermin mata hitam dan sut. Itulah imej dia. Imej penyanyi korea may be?

PSY. Senang je nak ingat eh?

PSY & Hyuna

Masa raya, my cousin said to me yang kawan dia memag kaki K-pop, senang cita pencinta musik korea la. Then dia ada cakap pasal gangnam style gangnam style. Dengan tarian sekali? mau aku tak pelik? Katanya lagi, dah sebulan benda ni meletup kat korea/worldwide, cuma Malaysia lambat sikit kena tempiasnya. Biasalah..

Pada aku, musik Korea dah di "create" seumpama itu yang catchy, sexy dan yang penting, budaya (bahasa) yang dibawa oleh mereka merebak dengan pantasnya walaupun tak semua orang paham pun? Nampak tak usaha "Korean-nisasi" sedang berlaku? HEHE!

Naa, my teori sometime sucks!

Jom enjoice GANGNAM STYLE! Weehoooo~