Showing posts with label gangnamstyle. Show all posts
Showing posts with label gangnamstyle. Show all posts

Saturday, February 09, 2013

PSY datang ke Malaysia?? by shahroll

Saturday, February 09, 2013



As salam, hello readers...

Lambat juga aku respond hal ni dalam blog aku. Well, banyak sumber aku dah baca melalui penulisan blog lain yang menulis hal ini. Bagi pendapat peribadi aku, RM2.3 juta untuk satu lagu yang berdurasi beberapa minit itu adalah sama sekali wajar. Kerana apa?

PSY artis bertaraf superstar. Bukan cikai punya artis korang jemput. Seluruh dunia kenal PSY dan lagunya berkumandang segenap tempat. Macam aku pergi ke Kemboja aritu, kedengaran lagu ini disana. Kuat pengaruh PSY ni.

Lagi?

Aku kurang arif dalam "back-end" sesuatu event lagi-lagi konsert. Tapi aku percaya, pengurusan PSY dah menetapkan USD750 ribu untuk persembahan dia. Oleh kerana nama dan reputasinya yang sedang meningkat, "demand" itu berlaku. Kalau tak, siapa nak jemput PSY? HAHA!

"sexyyyy ladyyyy..."

Kalau aku la yang taja RM2.3 juta tu, baik aku jemput artis-artis Malaysia yang lain. Rancak sikit industri hiburan Malaysia. Banyak artis dengan bajet sebegitu rupa. Tak pun, jemput minah dalam Youtube ni menyanyi, sedap jugak! HAHA!


enjoy!

Saturday, September 01, 2012

Apa itu "Oppa Gangnam Style" sebenarnya? by shahroll

Saturday, September 01, 2012



As salam, hello readers...

Sejak lagu Korea yang berjudul Oppa Gangnam Style menjadi fenomena seluruh dunia, bermacam-macam spekulasi yang melibatkan lagu tersebut. Aku sikit tak paham, mengapa perkara tu terjadi. Nak kata taksub sangat "yahudi", boleh jugak lah. Ingat semua benda yang berlaku atas plan "orang Yahudi" ke?

Kalau tak tahu, jangan share sebarangan. Sebelum share kat mana-mana medium sosial, baik selidik then baru lah ko nak canang satu facebook, boleh?

For your information, dakwaan mengatakan "Gangnam bermaksud 'Saya Ingin Menjadi Yahudi' sebarkan untuk Agama Islam" penyebar asal benda ni mungkin "saja main-main" tapi bukan pada sesetengah orang yang sensitif jika diusik dengan isu Agama, setuju?

Tak tahu buat cara tak tahu. Jangan memandai.

My friend said, Oppa Gangnam Style adalah lagu "sindiran" terhadap penduduk bandar Gangnam yang mana, Gang bermaksud "Sungai" dan Nam bermaksud "Selatan". Asalnya kawasan Gangnam ni bukan maju pun. Tapi keadaan berubah menjadikan tempat itu penduduk level high class.

Kalau kat Malaysia lebih kurang macam Kuala Lumpur la, kot?


Lihatlah peta diatas. Kawasan kuning itulah kawasan "Gangnam". Bagus jugak lagu ni eh, sampai aku kaji tempat/daerah-daerah yang ada kat Korea. HUHU! Disebabkan demam lagu ni, banyak pula video parody yang aku lihat. Ada yang ok, ada yang tak best langsung. Lagu PSY yang official feat ngan Hyuna tu pun tak best. Suara cam pokemon je. LOL!

Lagi?

photo: Rjkoehler




Link blog My Dear Korea tu korang boleh baca lagi details pasal lagu ni. Harap mereka-mereka yang "noob" pasal lagu ni (lagi-lagi Geng Illuminati) bawak-bawak bersabar ya...

enjoy!

Wednesday, August 29, 2012

Popular sungguh "Oppa Gangnam Style" eh? by shahroll

Wednesday, August 29, 2012


As salam, hello readers...

Sejak 2 minggu sudah aku mendengari satu lagu yang kerap di "share' dalam laman sosial Facebook iaitu Oppa Gangnam Style. Tajuk lagunya semacam "tak paham" apatah lagi dengan bahasa Korea yang digunakan dalam nyanyian lagu tersebut. Tetapi menjadi "virus" satu dunia. Lebih tepat, music trendsetter?

Penyanyi dia? entah, aku tak kenal. Yang aku cam, penyanyinya bersisir rapi rambutnya dan agak gempal, macma aku. Tak lengkap kalau tak ada cermin mata hitam dan sut. Itulah imej dia. Imej penyanyi korea may be?

PSY. Senang je nak ingat eh?

PSY & Hyuna

Masa raya, my cousin said to me yang kawan dia memag kaki K-pop, senang cita pencinta musik korea la. Then dia ada cakap pasal gangnam style gangnam style. Dengan tarian sekali? mau aku tak pelik? Katanya lagi, dah sebulan benda ni meletup kat korea/worldwide, cuma Malaysia lambat sikit kena tempiasnya. Biasalah..

Pada aku, musik Korea dah di "create" seumpama itu yang catchy, sexy dan yang penting, budaya (bahasa) yang dibawa oleh mereka merebak dengan pantasnya walaupun tak semua orang paham pun? Nampak tak usaha "Korean-nisasi" sedang berlaku? HEHE!

Naa, my teori sometime sucks!

Jom enjoice GANGNAM STYLE! Weehoooo~