Showing posts with label nuffnagers. Show all posts
Showing posts with label nuffnagers. Show all posts

Sunday, April 24, 2011

HyppTV Bloggers' Party!

Sunday, April 24, 2011


Hey peeps!


Dah lama aku tak pergi party anjuran Nuffnang. So, now dia dah open untuk pergi ke satu party untuk HyppTV. Aku baca details pasal HyppTV dalam laman web rasmi dorang (SINI) aku sendiri tertarik dowh!


Aku intro sikit la pasak HyppTV ni. Ok?


Dunia HyppTV adalah di mana anda boleh menikmati pelbagai filem, TV siri, dokumentari, berita, hiburan dan masih banyak lagi - semua permintaan, semua pada kemudahan anda. Tidak ada jadual lebih tetap dan masa jadual perlu bimbang. HyppTV dihantar melalui rangkaian broadband kelajuan tinggi UniFi's. HyppTV akan merevolusi cara anda, dan keluarga anda, menikmati TV!
Senang ceritanya, korang tengok TV menggunakan broadband UniFi dan laptop. Tu yang merevolusikan cara korang nak tengok tv. Best tu!



Kalau nak cerita pasal channel apa yang ada, ermm banyak jugak la. Macam-macam ada, larat tak larat je korang nak layan. List channel tu cam kat bawah nie,

Yang tempatan ada Tv1, Tv2 Tv3, NTV7, 8 TV and Tv9, GREAT!
[more info: HERE]

Apa yang menarik minat aku pasal HyppTV nie, korang boleh tengok bila-bila masa korang suka hatta masa tengah hujan sekalipun! ulang sekali lagi, walau dalam HUJAN sekalipun! perghh.. stim kot? (i mean. awesome lah!)



Untuk permulaan nie tak de PROMOSI ke??

Yang video promo sekali aku letak!




Settle bab aku brief pasal HyppTV. Hope korang paham apa lah apa aku sampaikan. Kalau rasa2 tak sampai atau tak paham ke pe, boleh rujuk ke link rasmi HyppTV.

Disebabkan ini party untuk blogger, ada lah tema pakaian dia kan? i mean dress code. Simple je, cuma pakai pakaian macam orang Hollywood pakai tu. Disebabkan aku pakai ape pon smart plus macho (perasan!) aku pilih dress code macam pergi ke Movie Award! Ala2 gaya Justin Bierber? =_=~

Andai aku pergi ke party HyppTV lah... =_=

Dengan pengalaman aku yang lepas bersama Nuffnang, banyak kali event seumpama ini aku telah hadir. Sebagai contoh, #1 party aku pergi Sri Hartamas (Astro) then pergi ke Vaselin Party di Luna Bar dan lain2 korang boleh search dalam blog aku nie. So, aku rasa untuk party kali ini, aku LAYAK dipanggil oleh Nuffnang untuk join. Weee~

See next post guys! Almost 3 hours aku habiskan masa untuk hadap this entry. Nice? Ahah! u judge it... 

Tak payah susah2 cam nie ok, langgan lah HyppTV

Thursday, January 06, 2011

One Step Closer to the Maxis Om Nom Nom Race

Thursday, January 06, 2011
As salam to all,


Pagi nie sejuk betul. hujan malam tadi sampai ke pagi, memaksa aku naik kereta pergi ke tempat kerja. Natijahnya, aku datang awal gile ke office, lebih dari kebiasaan. Tak pe lah, janji tak "merah" dalam sistem kedatangan. =D


Now, jom layan contest! Aharkz, nie contest dari Nuffnang dimana dorang buat pertandingan makan-makan! puffff~ Aku bab makan tak menahan. Lagi-lagi kalau makan FREE! HAHA!


Makan FREE di KDU: Klik SINI


Secara ringkasnya, pertandingan nie style dia ala Amazing Race. Makan-makan, then korang pergi ke another section untuk makan lagi. Pastu makan and makan and makan! wahhh!! terbaek dari ladang nie. Nak nak pulak start point makan kat Modestos, weee~ i love it!

Contest nie memerlukan 60 orang peserta (Nuffnangers) dan akan dibahagikan kepada 15 group! thats mean, dalam 1 group ada 4 orang peserta. Aku dalam fikiran dan firasat aku, kalau boleh nak ada Daydeck, Hamzah Ian dan juga Cik Lily Putih. Hebat kan group aku? semua aku pilih yang boleh sumbat segala mak nenek makanan dalam perot dorang. HAHA!

Setiap group akan dibekalkan iPhone 4 yang tersedia ada Finder301 dan juga GPS. Dibekalkan juga laptop dan Maxis broadband untuk memudahkan para peserta untuk membuat task.

Aku makan tak banyak sebenarnya, but bila aku terrrrlihat benda-benda yang "yummy" secara otometik tekak aku boleh terima makanan lagi. So, secara peribadi, aku LAYAK masuk pertandingan ni. **grin**

Disebabkan yang sponsor game nie Maxis, so secara tak langsung aku perlu lah promote Maxis! Ok, korang taw plan-plan yang ada dalam Maxis? plan untuk broadband tu, kalau tak tau boleh klik di SINI

click image for enlarge

Untuk maklumat yang lain, korang boleh ke link yang aku bagi kat bawah nie:


Aku tak kisah menang atau kalah, walaupun hadiah utama dia merupakan percutian 3 hari 2 malam di hong Kong dan dapat henpon baru, tapi yang lebih utama, semangat "komuniti" itu sendiri lebih penting. Sila lihat dari perspektif yang berbeza, but jika menang, ianya BONUS!

Ok, see ya next! As salam..

Thursday, December 02, 2010

Nokia Ovi Store: Workshop for blogger

Thursday, December 02, 2010
As salam to all,

Korang pengguna Nokia tegar? Aku dari zaman 3310 lagi. Goshh, old-school giler! Masa tu lom ade OVI store lagi lam Nokia.. HAHA! Then, skang yang latest aku pakai Nokia 3120 classic.

Petang nie, bertempat di KDU kolej (Damansara) akan berlangsungnya 1 workshop untuk blogger, dimana jemputan (speaker) adalah dari orang kuat Nokia sendiri memberi taklimat tentang Aplikasi dalam Ovi Store.

** credit for Nuffnang Blog**

Dan, aku telah diundang oleh pihak Nuffnang untuk event nie. Bukan aku sorang je, tapi ada 50 undangan. Alhamdulillah, aku salah sorang yang dapat pergi. Aku suka pergi ceramah2/taklimat/seminar nie, dapat ilmu percuma, tak payah nak bayar beratus-ratus. Cool kan?

Terus-terang, aku tak pernah update blog pakai smartphone. 1) Sebab aku takde pon smartphone. 2) Tak reti aku nak picit2 button yang kecik tu nak hapdet, loteh! HAHA! 3) Tak puas hapdet pakai screen kecik. Aku suka yang besar2 je, cam PC or laptop. Korang sure pernah kan? HAHA! Pakcik kolot 
sket..

Disamping tu jugak, dalam workshop nie, ada hadiah berupa Nokia N8 yang WAJIB aku menangi! huhu~ agak poyo disitu.. tapi takpe, optimis setiap perbuatan, hoolyy yeahh!! =D 
Not only that, participants of the workshop also stand to win a brand new Nokia N8, perfect to show off your blog’s new mobile app on :)
** Credit picture: Google**
Have 3 hours from now for me grab this phone!! uhuhU~ berangan sudah! Who know kan? =p.. see later! 

As salam..

Friday, November 19, 2010

Inspiring Innovators part #2 @ PJ Hilton by shahroll

Friday, November 19, 2010
Salam semua =)


sambungan dari part #1


Sesi ke-2 diteruskan dengan Mr. Azran Osman Rani, merupakan CEO untuk Airasia X. Tajuk talk beliau adalah "How High You Can Fly". 


** My 1st shot in slideshow**

**Cool presentation of Mr.Azran**


** Pengiklanan Airasia X yang catchy!**


** Mr. Azran again =D**


**somebody recorded while Mr.Azran give the talk**


** nice seat right?**


** I WANT THIS!!**


** Layan sebegini rupa WOW!!!**

Semasa sesi bersama panel berlangsung, Mr.Azran ada membuat contest thru
twitter dan hadiahnya adalah melancong di Gold Cost, Australia. Damn! Aku tak de pulak smartphone, melepas lah aku kan. But, dikalangan Nuffnangers dapat tiket ke sana. Congratz guys! =D

Apa yang aku dapat untuk seminar part #1 dan #2? Secara keseluruhan, cerita mereka dapat membawakan inspirasi kepada CEO lain dalam menjalankan business mereka. Sebagai contoh, bagaimana Dabbawala yang begitu banyak sekali permintaan makanan tengahari, menggunakan structure yang unik dalam proses pentadbiran mereka. Begitu juga dengan Airasia, how your can united in one team.

Thanks for Nuffnang for this opportunity. Next time, if have the good conference, i want to go! =D.. see ya next! salam...

Saturday, October 16, 2010

Teaser photo for Nuffnang Glitterati Plus Open Meeting at Taylor's University by shahroll

Saturday, October 16, 2010

Salam all! Just stay tune in my blog for waiting this event! =D
p/s:kinda busy for post-processing photos to upload on FB.. 0_<

Tuesday, September 28, 2010

[reminder] friendly message from Nuffnang by shahroll

Tuesday, September 28, 2010
Salam all! =)


Agak busy untuk minggu nie. Dengan segala kerja yang nak dibuat di pejabat mahupun di fakulti. Kerja-kerja pejabat atau pun kerja-kerja assignment. Dalam keghairahan membuat itu dan ini, banyak benda yang aku "miss look" lagi-lagi dengan blog aku nie. =P


Ok guys, look here.Tadi aku ada baca posting di blog Nuffnang, dimana dalam posting itu tersurat 1 pesanan mesra a.k.a manjeww oleh Team Nuffnang yang menyatakan:-



We take a break from our regular programming to bring you a community service message about something that is rather worrying to us lately.
As you might already know, there are 2 types of Nuffnang campaigns that bloggers may earn from: Metered Cost per Impression (mCPM) Campaigns, which pay according to the number of blog visitors who view the ads running on blogs; and Cost-Per-Click (CPC) campaigns, which pay bloggers based on the number of clicks generated on the ads.
We’ve noticed that certain groups have been engaging click fraud, which is defined as clicking on CPC advertisements intentionally just to generate earnings for a blog’s owner. We understand that some of you may just be anxious about earning some side income from displaying the banner ads, but do note that this is in fact a violation of our Terms & Conditions under Section 6.
Ok, so sekarang team Nuffnang dah notice mende. Actually dah lama, but baru hari nie team Nuff buat posting pasal benda nie. So what mean? tahap bahaya lah! Dulu aku ada baca blog2 orang lain pasal adanya "team Nuff click" nie, but aku pon malas nak amek port sgt, sebab aku tak nak terlibat dengan aktiviti cam tu.

Bukan nak kata aku bagus sangat sebab tak join korang, but kalau dipikirkan ETIKA, korang dah langgar habis pasal tu. Dan disebabkan kesalahan korang tu, korang boleh di caj untuk seksyen ini:-


Among some of the actions which constitute click fraud are;
- clicking on other bloggers’ ads and leaving a comment behind asking/hinting to the owner to click on their ads back
- asking for blog visitors’ help to click on the ads
- registering a large number of blogs and clicking on ads on each of them
- repeatedly switching to a different IP to click on own ads
Rasa-rasa korang pon dah paham ngan mende nie, kan? so hati-hatilah ok, Insyaallah kalau korang tak buat salah, tak ada nya Nuffnang nak banned korang ke pe.. ikut jalan yang betol. Dan, banyak kali lah kot dinyatakan, JANGAN berblog untuk berduit!! Biar berduit untuk berblog k! =D ( sila baca dengan nada dan nahu yang HAPPY2 saja..)

Korang boleh baca selanjutnya di SINI

Salam!
** Guys! u can take this for campaign the "Say NO to Click Fraud"
designed by Shahrul Hairy Shaharuddin

Tuesday, September 07, 2010

[Busy] Untuk beberapa ketika ini by shahroll

Tuesday, September 07, 2010
Salam all! =D


Hampir-hampir aku terlupa aku ada blog kat sini! hehehe~ sangat menjengkelkan lah Roll.. sampai hati kau nak lupakan belog yang banyak berjasa bagi kau duit kawan-kawan dari Innit nie ye!.. huhu. Bukan lah, korang nak tahu apa yang busy sangat2 tuh?


Raya
Sekarang dah dekat2 nak raya, so memang agak sebok nak beli baju kameja, kasut Nike, tshirt Polo, jeans Levis untuk aku punyer lah. Aku tak beli pape lagi nie wehhh!! Baju Melayu dah siap2 aku beli je tahun nie, tak tempah pon =_=~
lagi jimat dan muuwwwrah! untuk mak abah aku semua dah rasanya, cuma mak nak beli kasut yang dah di aim di Klang tempoh hari.Cantik! =D


Adik2 aku lagi meriah! Siap baju 2-3 helai kau!.. hahah budak2 memang cam tu, semangat raya memang memuncak, macam aku jugak dulu. Sekarang hampir 3 tahun kebelakangan nie, "mood" raya tu dah kureng.. korang?




Selangor Bloggers Group
Korang dah tahu pasal nie? kat side bar aku, aku dah letak kan logo tu dan direct link ke Facebook group dalam tu. Actually sekarang nie, aku tengah develop website dan blog yang Official untuk group nie. Aku sangat2 exited ngan group nie sebab dah ada ahli seramai 76 orang dalam masa 2 hari. Thanks to all yang sudi join.


Group nie bukan untuk tujuan yang salah, kita ada misi. Apa misi SB nie? Ok, untuk sekarang, misi dia nak mensasarkan seramai mana yang mungkin blogger-blogger di Selangor untuk join nie. Kita boleh tengok apa "angka" boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti.


Sebagai contoh, jika ada events yang ada dan ditawarkan, memang menjadi priority kepada ahli Selangor Bloggers yang AKTIF untuk turut serta. Lebih kurang macam tu lah =D


Assignment
Purghh~ nie yang lomah nie nak cerita. Hehe~ ada 1 assignment yang belom lagi siap. Untuk Public Speaking nyer part. Untuk part 1 nie, kena informative speech, aku cerita pasal blog lah. Nak cerita pasal photography boleh, tapi aku nak simpan untuk second speech nanti lah. Kalau cerita pasal blog, memang dalam tangan aku lah (bukan nak tunjuk hebat sgt...) tapi Insyaallah, setakat mana aku leh sampaikan nanti lam kelas, tu je lah yang aku mampu.. hehe! So, if Puan Shahnum read my post, please! Give me extra mark! hahaha...


Ok all, jom bersahur.. haha aku tak tido lagi nie wehh.. baru UP kan Selangor Bloggers nyer blog. Nak tgk? belom siap g.. hahha~ later k.. salam!


Wednesday, August 18, 2010

Re-call Back! | What Nuffnang have done to me?? by shahroll

Wednesday, August 18, 2010
Salam all! =D


Maaf!. Kalau korang masuk sini kerana tajuk yang agak kontroversi! Hehe~ nie bukan kes pasal aku cash out tak dapat check ke, fees cash out naik RM2 hengget ke, no no.. nehi nehi merey baiya! ( erkk~ influence SRK la nie..) =P


** Most popular advertising company in blog!

Korang sure ingat posting nie "Sponsored post" kan? or yang lebih sedap korang panggil "Advertorial" tu.. hehe~ yappadaa.. BUKAN lah.. Nie posting berterima kasih kat company nie yang telah memeriahkan industri blogger dengan event-event yang mantap, macho dan sewaktu dengannya. Lagi, macam aku yang kaki wayang, setiap kali Nuffnang ada buat contest pasal screening, mula lah aku memerah otak untuk buat posting even kadang-kala aku tak dapat jemputan.. hehe normal lah tu..

Banyak gak event yang dah aku attend sejak jadi blogger nie. Event outdoor yang banyak dilakukan oleh Team Nuffnang sangat meriah ( kalau tak de company lain lah..) hehe~

Jom re-cap balik event-event yang dah aku join:-

Serius! Nie kali pertama aku involve event yang dihadiri oleh bloggers (yang pastinya TOP2 bloggers juga ada) sampai jugak aku ke Sri Hartamas tu event tak tahu jalan! hambeekk.. nak beli Garmin belom cukup duit gih.. =D

Nie lagi BESTTT TebaboooW! Aku jumpa banyak gak muka-muka baru nuffnagers join event Samsung nie. Paling best dapat 1 team yang gila-gila nyer kepala.

Time nie aku agak blurr2 sikit pasal, aku orang yang agak terlewat kot posting mende alah nie. Dengan gimik cam tu, aku ingat apa mende nyer lah kan, kot la project sulit untuk kontraktor kelas F ke, B ke.. hahah~ rupa-rupanya... bacalah sendiri posting tu..

Party nie buat kat Neutral Clud, Jalan P.Ramlee. nice club la and jangan terkejut, that's my first time masuk club ( since baru cukup umur nie). Paling best time nie korang leh nampak all Nuffies berpakaian serba putih. Cool..dan, aku belum melengkapkan posting aku dengan event nie.. haha~ nantikan posting aku tu.. =D

Terbaru, event yang diadakan di Sunway Lagoon. Tapi sungguh malang, aku datang dan pergi menyahut seruan ibunda ku yang suruh pulang untuk menghantarnya ke kampung. Yeahh!! jumpa nenek lorrhh.. so aku cuma snap2 gambar sekitar event tu je.. event nie pon masih dalam keadaan "pending".. hehe stay tune k! =D

Nie lah antara event yang aku pergi semenjak aku join Nuffnang nie. Tak masuk lagi jemputan untuk screening. nak aku boh jugak ke? tak yah la eh, lain kali pulak, kalau tak habis lah modal aku nak bercerita.. hahaah~

Ok guys! Salam..