Showing posts with label berita hangat. Show all posts
Showing posts with label berita hangat. Show all posts

Thursday, October 06, 2011

Awek aku kena ancam! [Neelofa] by shahroll

Thursday, October 06, 2011


As salam, hello readers...


Aku tak tahu camne nak habaq kat korang. Awek aku skang dah kena ancam la pulak! Sampai kena pasang bodyguard! Cian kan? *puke* HAHA! sejak bila Neel jadi awek aku tah? *ok, perasan je*



Aku membaca berita ni dari blog MYNEWSHUB yang di tweet. Jom baca laporan asal dari hmetro neh:-

Pelakon yang membintangi filem Azura 2011 dan drama Lara & Jiwa itu berkata, sejak dia melaporkan ugutan diterimanya kepada polis, tiada lagi ugutan baru diterima.

“Walaupun tidak lagi menerima ugutan, apa yang berlaku tetap membuatkan saya dalam ketakutan. “Apatah lagi sekarang ini saya tinggal sendirian kerana keluarga menetap di Pasir Mas, Kelantan dan hanya sesekali datang ke Kuala Lumpur.

“Ibu bapa saya juga risau dengan apa yang berlaku menyebabkan mereka mengupah dua pengawal peribadi menemani ke mana saja saya pergi,” katanya. Neelofa menafikan pengawal peribadi diupahnya menimbulkan kesukaran untuk berurusan dengannya.

“Setakat ini perkara seperti itu tidak pernah berlaku. Pengawal terbabit tidak duduk sebelah jika saya lakukan urusan di tempat awam, sebaliknya mereka berada di kawasan sama tanpa disedari orang ramai. Saya juga bebas ke mana saja tanpa rasa terganggu,” katanya.

Sebelum ini kata, Neelofa, dia biasa berdikari serta bergerak sendiri. Menurutnya, sejak menerima ugutan berkenaan dia berasa perlu ada pengawal peribadi bersamanya bagi memastikan perkara sama tidak berlaku.

p/s: Boleh je hired Abam Jejai or Abam HazmanFadhil untuk jaga Neelofa! heheh~ peace!!


Tuesday, May 18, 2010

Adegan PANAS? salahkan siapa? by shahroll

Tuesday, May 18, 2010
Salam all!


tentunya korang baca paper hari nie kan? Dalam korang belek2 paper tu, ade satu insiden yang melibatkan gelaran "ustazah" yang di claim oleh pihak "itu". Ok, title news tu " Adegan seks ustazah di asrama pelajar".




KUALA LUMPUR - Menjijikkan apabila seorang ustazah sebuah sekolah agama di sini yang lengkap berjubah, bertudung dan bersarung tangan tergamak melakukan hubungan seks di dalam bilik asrama pelajar dengan seorang warden.
Perbuatan terkutuk ustazah itu dan pasangannya terbongkar selepas rakaman video yang diambil ketika mereka melakukan hubungan seks tersebar secara meluas hingga diolah dalam empat siri yang berbeza tetapi melibatkan 'pelakon' yang sama.
Berdasarkan kepada percakapan mereka, rakaman itu dibuat kononnya untuk mengabadikan kenangan cinta mereka sejak enam bulan lalu.
Kosmo! mendapati dalam video seks pertama selama tujuh minit yang disebarkan itu, ustazah berkenaan pada mulanya seperti takut-takut apabila pasangannya cuba merakamkan aksi mereka menggunakan telefon bimbit.

** Korang leh baca kat SINI



Persoalan kat dalam minda aku:

1) Siapa pemberi sumber berkenaan yang memberikannya pada media? atau lebih tepat lagi pada wartawan?

2) Mengapa isu ini dinaikkan?apakah motifnya?sebab, dengan sumber yang boleh dipercayai,"adegan" ini sudah lama berlaku.. mengapa sekarang baru ada dalam paper?menggunakan prinsip "pending & que" ke?

3) Dalam laporan ada beberapa siri lagi yang ada? mana tahu ek?

4) Lengkap berjubah? dalam foto hanya berbaju kurung ungu? macam mana nie?

5) Tidak kah ini boleh mengundang dosa yang besar sekiranyanya ini adalah fitnah? nauzubillah..


Aku bukan nak back-up sesiapa, yang salah tetap salah dan yang benar tetap benar. Aku membaca dari apa yang dilaporkan. Pada pandangan aku, bukan semua yang memakai tudung itu "ustazah" dan tidak semuanya pon baik. Mungkin kerana atas sebab2 yang tertentu. Mana taw kan?

Ok, salam! fikir2kan dan selamat beramal....