Showing posts with label Tun Mahathir. Show all posts
Showing posts with label Tun Mahathir. Show all posts

Tuesday, March 12, 2013

(info) Nasihat Tun Mahathir kepada usahawan Melayu by shahroll

Tuesday, March 12, 2013



As salam, hello readers...

Hari ini aku dimulakan dengan begitu lancar sehingga lah aku rasa macam orang tak cukup rehat sangat-sangat sebab hari cuti aku (Sabtu & Ahad) di isi dengan pelbagai aktiviti. Aku aktif selepas jam 12.00 malam dan masa ini banyak Facebook pages aku belek-belek untuk melihat info-info terkini.

Ada 1 pages berkaitan dengan Tun M. Dan, banyak point yang aku rasa bagus untuk kita menilai, sejauh mana kita dalam dunia perniagaan. Jom baca point-point dibawah;
source: UTP website


1.Melayu perlu belajar dari bawah.
Bangsa Melayu perlu belajar dari bawah sebelum masuk dunia perniagaan.Bukan sekadar ada wang dan membuka bisnes,namun perlu belajar dengan bekerja dalam bidang tertentu dan memahami selok belok dunia perniagaan

Contohnya jika mahu mmebuka retsoran,bekerja dan melihat situasi dunia perniagaan restoran dari pekerja membuat air, tukang masak, pelayan dan sebagainya.Pengalaman dan kemahiran akan membantu kita bila membuka perniagaan.

2.Modal efektif.
Melayu yang mahu berniaga perlu mempunyai modal efektif dan relevan.Contohnya jika mahu membuka bisnes bernilai RM100,000 perlu ada wang tunai RM300,000.RM100,000 untuk bisnes,bakinya untuk pengurusan dan modal menghadapi pelbagai masalah dalam perniagaan.Adalah salah hanya mempunyai RM100,000 jika mahu membuka bisnes bernilai RM100,000.

3.Berusaha bersungguh-sungguh.
Melayu perlu berusaha bersunguh-sungguh tanpa jemu.Usaha berterusan sama ada dalam promosi, pemasaran, produk dan sebagainya.Tanpa usaha keras, kejayaan tidak akan datang.

4.Bersabar dalam tempoh lama.
Melayu perlu belajar bersabar kerna bisnes perlukan masa panjang.Dr Mahathir berkata "Saya buka kedai roti dah 5 tahun tapi belum nampak untung...".Perniagaan perlukan masa panjang untuk berjaya,bukan sekelip mata.

Wednesday, February 08, 2012

Wordless Wednesday #7 - Tun Mahathir era by shahroll

Wednesday, February 08, 2012


Saturday, March 12, 2011

A doctor in the house: The Memoirs of Mahathir by shahroll

Saturday, March 12, 2011
Buku yang ditulis oleh Tun Mahathir

As salam to all,

Selamat hari Sabtu. Harap semua pembaca setia blog nie berada di dalam keadaan sehat sentiasa. Semalam kita di kejutkan dengan berita gempa bumi di Jepun. Sangat tragis tatkala aku melihat limpahan air laut setinggi 6 meter dan gegaran 8.9 skala rikter, adakah boleh kita kaitkan dengan peringatan Allah di dalam Al-Quran? Saya tinggalkan persoalan itu kepada anda.

Beberapa hari lepas, Tun M ada mengeluarkan senaskah buku yang diberi nama A Doctor in The House" The Memoir of Tun Dr. Mahathir Mohamad. Harga tidak menjadi masalah kerana harga RM100 untuk kita membaca luahan isi hati mantan Perdana Menteri yang kita sayangi semua.

Tun M or Che Det

Buku yang mengandungi 800 muka surat dan mempunyai 62 bab adalah tulisan Tun M dengan tulisan tangan! tanpa menaip di dalam komputer sebelum di serahkan kepada MPH untuk menerbitkannya (quote:hasnidaomar). Dan mengambil masa 8 tahun untuk menyiapkan buku ini. WOW!!

Dikhabarkan, untuk versi Melayu akan keluar tak lama lagi. Aku tunggu yang versi Melayu punya. Semestinya akan berada dalam simpanan buku aku! yeahh!! korang tak mo beli?