Showing posts with label PKP. Show all posts
Showing posts with label PKP. Show all posts

Sunday, May 03, 2020

Kemahiran baru semasa PKP? by shahroll

Sunday, May 03, 2020



As salam, hello readers...

Salam Ramadhan ke-10 hari ini dan aku ucapkan Selamat Hari Pekerja untuk edisi 2020. Tiada perhimpunan, tiada jamuan setakat ini kerana masih dalam mood Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) ye.

Dan sepanjang 44 hari kita di-PKP kan dirumah, apa yang kornag dah belajar untuk membangunkan kemahiran baru atau ilmu yang kornag dapat menerusi FB, Google atau website?

Ada takde?

Kalau takde tu, memang rugi sikit la sebab masa sebulan lebih tu kalau belajar benda baru dah boleh dijual dalam marketplace untuk kita jana pendapatan. Yes, betul gaiss dapat TAMBAH PENDAPATAN.

Sebagai contoh:

18 Mac 2020 ambil kursus online untuk membina laman web e-Commerce. Belajar pun suka-suka, bukan nak menjual lagi masa ni. Sekadar tambah ilmu di kepala.

Selepas 2 minggu, dah paham selok-belok pembangunan e-Commerce, rasa seronok pulak. Dan, korang pun belajar lagi 2 minggu untuk mendalami pasal produk, promosi dan sebagainya (28 April 2020)

Dan bila dan makin serius, korang ada masa lagi 2 minggu untuk promosikan perkhidmatan korang dalam marketplace terbuka. Atau paling senang pun dalam FB kornag sendiri je. Harga perkhidmatan tu jangan kill market sedia ada, cuba follow tapi rendah sikit. Sesuai dengan kornag yang baru bermula.

See? cukup kan sebulan lebih tu untuk kornag create pipeline baru utnuk tambah income?


Jumpa next time!



Wednesday, April 29, 2020

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia by shahroll

Wednesday, April 29, 2020



As salam, hello readers....

Salam ramadhan ke-5 di tahun 2020. Allahu, keras rasanya jari ni nak menaip semula di blog shahrulhairy dot com ni ye? Maklumlah, jarang sangat ada masa untuk update. Ni pun sebab tak boleh nak tidur, aku bukak laptop dan "layan jari" melayang atas papan kekunci. HAHA!

Aku harap korang semua sihat Alhamdulillah walaupun sekarang ni kita diwaktu yang sukar berhadapan dengan "musuh" tak nampak, COVID-19.

Pandemik yang menjejaskan seluruh dunia dengan virus paling bahaya! ye bahaya sampai nak pergi kerja pun tak boleh. TAK BOLEH ye.

Aku ringkaskan tahap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni bermula sejak 18 Mac 2020 dan dijangka tamat pada 12 Mei 2020. Ini jangkaan sahaja, belum diputuskan lagi oleh kerajaan Malaysia.
Fasa 1: 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020 (2 minggu)
Fasa 2: 1 April 2020 hingga 14 April 2020 (2 minggu)
Fasa 3: 15 April 2020 hingga 28 April 2020 (2 minggu)
Fasa 4: 29 April 2020 hingga 12 Mei 2020 (2 minggu)


Malaysia dah nak masuk fasa ke-4 lepas ni dan menurut keterangan dari super hero Malaysia dalam Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) iaitu Datuk Dr. Noor Hisham bin Abdullah mengatakan sudah masuk ke fasa pemulihan jangkitan wabak tu.

Alhamdulillah, kerana Allah SWT jualah yang mengizinkan untuk wabak tu pergi dan leyap dari bumi Malaysia dan seluruh dunia khasnya. Aminn!


OK lah, aku baru nak amik mood menaip balik ni, InsyaAllah aku akan kerap update blog aku ni ye?

Selamat bersahur!


4:14 pagi | 29 April 2020 | Ramadhan 5