Thursday, July 05, 2018

Tepung pedas terbaik dari Tepung Berempah My Lesung




As salam, hello readers...

Syukur Alhamdulillah, dapat lagi aku update blog. Walaupun tak sekerap dulu, insyaAllah akan ada update panjang-panjang untuk tatapan korang ok? Alright, hari ni aku nak share dengan korang semua pasal tepung. Tepung??? Ah, serius la??

Tepung Berempah dari My Lesung

Sebenarnya, aku teringin nak buat Chicken Fillet tu sebelum aku terjatuh sakit sebab backpain lagi. Alhamdulillah, selepas beberapa hari berehat, aku dah OK sikit. Sebelum tu nak bangun pun tak boleh! pheww~ Ok, lepas aku balik dari klinik untuk checking progress aku, terus ke Giant Jalan Kebun untuk dapatkan bahan-bahan nak buat ayam goreng.

Tepung Berempah My Lesung ni boleh di dapati di supermarket Giant ye!

Carian di rak Giant, yesss!! jumpa pun... haha!!

2 bahan ni je, cukup dah nak buat chicken fillet aku, hehe!!

Berat tepung ni dalam 250gram yang mana, cukup untuk korang buat satu bekas daging ayam yang aku beli tu. Kalau korang jenis goreng daging ayam ketul-ketul, dalam 8 sampai 10 ketul untuk satu beg tepung tu ye. Cara goreng kena betul, meh aku tunjuk meh....


penyediaan sebelum menggoreng Chicken Fillet

Daging ayam dibasuh-basuh dan diletakkan dalam pinggan macam gambar kat atas ni. Lepas tu, ambil tepung My Lesung dan buat 1 pinggan untuk campur dengan air, satu lagi yang kering. Korang akan salut tepung yang basah dulu lepas tu baru yang kering. 

Tak paham? nanti boleh tengok video eh!

sementara tunggu minyak panas, hehehe...

proses menggoreng, yeayy!~

Aku sedang menyalut daging ayam dengan tepung yang basah dan salut balik dengan tepung yang kering. Lepas tu, baru masuk dalam kuali. Yeayhhh!! Nak tengok hasil kejadian Chicken Fillet aku tak? Jangan terliur ehhh...

Hermmmm~ dapppnyaaaaa.. (sedapnya!!)

Sejujurnya, masa menggoreng bau dia dah naik sedap dah. Lepas tu, pedas-pedas dia takde la menyengat sangat. Just nice orang kata. Rasa herbs sikit sebab ada jintan, nice taste for me!

fuhhh ini macam, buat makan-makan open house pun terbaik juga....


Bagi yang suka bervideo, aku sediakan 1 video untuk korang dna lepas tu, boleh la subscribe channel aku tu ye! haha, tak pun korang sebarkan dalam Facebook taw!! hehehee...


Korang dah teruja nak try Tepung Berempah My Lesung ni, boleh terjah mana-mana Giant yang dekat dengan korang ye. Dan boleh juga lihat senarai Giant tu di Facebook page Tok Mama Kitchen kat sini: https://www.facebook.com/TokMamaKitchenRempahRatus/

Korang ada pilihan samada nak beli secara online di Lazada atau pun di Facebook page dorang ye?


selamat mencuba!!


jemput makan ye.. Bismillah.. krupp kruppp!!




2 comments:

ENA said...

uishh menarik ni. yang hantu pedas wajib try;)

PeRdU cINta said...

Rasa dan aroma jintan tu yang sedap...selalu lada hitam..