Monday, November 07, 2016

Apa itu KIK? by shahroll




As salam, hello readers...

Alhamdulillah, dapat lagi menaip dalam blog shahrulhairydotcom lagi pagi ni. Baru setel untuk kerja-kerja social media manager untuk satu company Malaysia yang produce air minuman tenaga. Apa tu? nantilah aku cerita ye!

[ADS: divorceattorneynyc.com]

Now aku nak cerita pasal KIK. Apa tu KIK? Ok, itu adalah singkatan kepada Kumpulan Inovatif & Kreatif. KIK ni sebenarnya diambil dari orang Jepun yang mengamalkan Kaizen di tempat kerja. Boleh rujuk kat sini apa itu Kaizen ye.

Secara ringkasnya, KIK ni adalah penambahbaikan proses kerja di tempat kerja. So, projek aku bersama kumpulan KIK yang baru aku join tahun lepas adalah untuk memudahkan kerja pustakawan rujukan untuk merekod data pelajar/pelanggan yang merujuk kepada mereka untuk mendapatkan sesuatu informasi.

Lebih kurang begitu lah ceritanya.

Aku di PICC Putrajaya

Alhamdulillah, kumpulan KIK aku kali ni sampai ke peringkat kebangsaan dan dapatlah 10 kumpulan terbaik untuk sektor perkhidmatan awam. Nak bangga? boleh la...

Aku akan reveal kan, apa yang dah aku buat untuk kumpulan aku sebelum ke PICC. Aku dalam team ni boleh dikatakan ahli yang buat multimedia dan grafik. Montaj ke, design ke semua lah aku buat. Cuma slide presentation je aku touch-up untuk kasi cantik. Content semua orang lain yang buat.

malam sehari sebelum event

Malam tu sebelum buat perbentangan di PICC, aku bawak laptop yang ada hasil kerja yang dah dibuat bersama kumpulan. Masa ni montaj masih dalam draf, tapi dah final nak guna apa dan nak masukkan bahan apa. Masa ni agak genting sebab aku dalam keadaan agak stress disebabkan beberapa faktor.

Namun, itu bukan satu alasan untuk aku tak siapkan amanah yang diletakkan dibahu aku. Aku setelkan kerja ni siap dalam jam 2 pagi camtu. Tak kisah lah aku tidur pukul berapa pun, janji kerja siap! itulah abam SH kalau buat kerja...

nampak abam SH punya cawan kopi? pekat tu baq ang!

masih guna Sony Vegas PRO 12 untuk suntingan montaj

Aku akui, masa pergi ke PICC mood aku memang melayang habis sebab malam dah penat pulun wat kerja. Lepas aku siapkan semua termasuk lah susun semula slide tu aku masukkan montaj diawal slide bagi memudahkan kerja untuk pembentangan. Alhamdulillah, sukses tanpa ada masalah yang 'besar'

Basuh muka sikit, kasi muka ada senyum! air kat PICC kuning weh!

panorama depan PICC, nampaklah Putrajaya...

Aku ambil keputusan itu 'stop' dalam KIK untuk seketika lepas habis peringkat ini. Walaupun ramai yang kata akan ke peringkat international, aku tetap untuk undurkan diri dari team KIK ini. Bukan apa, aku dalam bahagian korporat perlu menanggung kerja di bahagian penerbitan untuk buat kerja-kerja design buletin dan sebagainya. So, banyak kerja abam SH ni nanti, tak fokus!

last but not least...

"Messy" is a word we use to explain a conflict with an expectation we had. Eliminate the expectation, and you eliminate the "messy".-Steve Maraboli


1 comment:

Sani said...

Assalamualaikum SH.. Apa khabar?