Monday, August 08, 2016

Best bridal Kota Damansara @ Aleen Anuar by shahroll




As salam, hello readers...

Bila dah dekat hari perkahwinan iaitu hari besar bagi kehidupan seorang lelaki atau perempuan, tak terlepas untuk mencari the best bridal yang boleh bagi keindahan dalam majlis tu kan? Menjadi impian setiap pasangan yang nak berkahwin tu, nampak berseri-seri dan pelamin serba-serbi cukup!

wardrobe sponsored by: Aleen Anuar

Alhamdulillah, terima kasih kepada pihak penaja dari Aleen Anuar bridal Kota Damansara yang sudi menaja perkahwinan blogger shahrulhairy bersama pasangan dengan baju Majestic Blue beserta make-up sekali! Dah 8 bulan aku berkahwin bila tengok balik gambar, macam baru semalam je rasanya! haha...

Aku suka warna biru yang diberikan. Sebab aku memang suka biru-biru kereta Subaru tu. Lepas tu, corak-corak baju separa songket dan saiz dia memang fit dengan badan aku. Manik-manik dekat baju isteri aku tu, Aleen Anuar jahit sendiri OK =)

Pergi ke bridal Aleen sekali je rasanya tuk fitting. Ada buat alter sikit, pastu terus leh pakai. Good job Aleen!

shoot by Syah Hier

Ramai jugak kawan-kawan aku tanya, mana bridal ko amek? Walaupun abam DJ ada bagitahu baju kitorang sponsored by Aleen Anuar, dorang tak dengar kot. HEHE! Takpe, aku aritu jadi duta bagi Aleen Anuar. Ramai gak yang suka dengan baju yang aku pakai, siap nak buat design baju cam kitorang jugak! huhuhu...

Bagi sesiapa nak kawin, aku recommended sangat ambil pakej dengan Aleen Anuar ni sebab harga berpatutan dan layanan mesra tahap kencing manis punya! Tak percaya, boleh ke page FB dorang;



enjoy!





No comments: