Thursday, April 28, 2016

Review: Pakej perkahwinan terbaik di D'saji Kajang Perdana Avenue @ Kajang




As salam, hello readers...

Sejak aku berkahwin 4 bulan lepas, belum pernah aku bawa isteri jalan-jalan area Kajang. Maka dengan itu, pada Sabtu lepas (23 April) aku ke D'saji Kajang Perdana Avenue bersama isteri untuk merasai makan malam yang serba indah, menarik dan semestinya terbaik kerana di situ ada majlis perkahwinan yang bakal berlangsung.


D'saji Kajang Perdana Avenue

Luaran saja dah serba cantik, apatah lagi yang di dalam? sure korang tak sabar nak meninjau dekorasi dalaman dia kan? Jom!!

1 meja tetamu muat untuk 10 orang

konsep "open air" untuk mereka yang suka kawasan terbuka

meja tetamu yang ada aircond (sebelah dalam)

meja VIP disediakan di hadapan pelamin


pelayan yang sentiasa cekap mengemas! aku suka service yang cekap dan cepat 

pandangan sebelah luar. Boleh nampak kat dalam pengantin =)

Untuk pengetahuan korang, meja yang disediakan adalah sebanyak 40 buah meja di sebelah luar (open air) dan 20 buah meja di sebelah dalam. so dalam satu-satu masa membolehkan 600 tetamu memenuhi ruang dewan kat sini. Semua kerusi adalah kerusi chiavari.

Kemudahan-kemudahan lain yang terdapat di Kajang Perdana Avenue;
1) Menyediakan "Public Address" (Sistem P.A) & Rostrum untuk kegunaan juruacara majlis perkahwinan bersama-sama lagu pengantin baru dimainkan melalui CD.
2) Menyediakan pramusaji D'Saji yang lengkap dengan beruniform agar dapat menguruskan dan memastikan kebersihan pada setiap meja. 
3) Mempunyai tempat letak kereta yang luas dan ianya percuma bagi para tetamu.
4) Menyediakan Unit Keselamatan (RELA) disana agar memastikan keadaan lalu lintas berjalan dengan lancar




Bagaimana dengan makanan D'saji?

D'saji merupakan katering lejen yang tak perlu korang khuatir. Makanan set paling asas pun sudah memikat perut! apatah lagi kalau korang ambil set yang up skit, kan?

pemanis mulut ada banyak pilihan. Pilih jangan tak pilih...

Nasi minyak dan juga Nasi putih

Daging Salai Masak Lemak

Ulam-ulaman dan sambal belacan. Tak tinggal keropok ikan!

Ayam Goreng Berempah Daun Kari

Isi Ikan Goreng Berlada

Sayur Goreng Jawa (dalam buffet bulat)

Pelayan beruniform turut disediakan oleh D'saji

yummy! jemput makan ye....





Fasiliti-fasiliti yang terdapat kat sini adalah Surau, Bilik persalinan, Bilik perbincangan, Tandas awam & OKU. Selain itu, parking juga tidak menjadi masalah kerana lebih dari 250 buah kereta boleh di parking disini.

Laluan atau akses yang mudah untuk ke sini dengan Lebuhraya LEKAS, Lebuhraya SILK, Persiaran Kajang-Semenyih. Aku datang ke sini menggunakan jalan dari Puchong (HICOM) terus menuju ke Kajang Perdana.

Susah-susah, boleh WAZE sahaja menggunakan kata kunci: D'saji Kajang Perdana Avenue, setel.

Pelamin yang telah disediakan oleh pihak D'saji tidak mengecewakan. Anggun, elegan dan memikat sesiapa yang memandang. 5 star rating!

pelamin untuk raja sehari 

Meja makan pengantin (makan beradab



staf D'saji yang sentiasa ada untuk membantu dalam perjalanan majlis 

Pengantin dah sampai! 


Doa untuk pasangan baru. Aminn!

Amacam korang, teruja tak? aha! kalau dah teruja tu, boleh sangat call terus person in-charge yang sedia menerima tempahan korang! Kat bawah aku sediakan details nya;

atau korang boleh dapatkan details (PDF) secara penuh kat sini:




KAJANG PERDANA AVENUE
Lot PT 15788
Jalan Kajang Perdana 2/2
Taman Kajang Perdana
43000 Kajang
Selangor 


Untuk sebarang pertanyaan, sebut harga dan tempahan sila hubungi :-

Nor Syaiful Nazlan Norsham - 013-386 0453
Nurul Nadia Abdul Ghafar - 019-295 6232
Jabatan Jualan Putrajaya - 03-8881 1311
Jabatan Jualan Kuala Lumpur - 03-2698 8302


enjoy!



1 comment:

Jueliza Jamani said...

makanan sedap2 wohh...