Wednesday, January 27, 2016

Tips penjagaan anjing yang betul by shahroll




Sudah tentu korang ada haiwan peliharaan masing-masing kan? Tak kira lah kucing ke, burung ke, anjing ke yang pastinya, aspek keselamatan dan juga kebersihan perlu dititikberatkan dalam penjagaan seharian.

Bagi mereka yang memelihara anjing, pastinya tercari-cari tips untuk penjagaan anjing kesayangan bukan? Aku senaraikan beberapa tips di bawah ni sumber dari wanista dot com;

Link: Pickapaw website

Bila punya masa, bawa haiwan peliharaan anda berjalan-jalan
Ini merupakan masa yang baik untuk ‘mereka’ ini bersenam di samping mengimarakkan lagi hubungan anda berdua.

Berikan haiwan peliharaan anda mandi sekurang-kurangnya sekali setiap beberapa minggu
Jika anda bawa kesayangan anda ke rawatan doktor haiwan temapatan, anda boleh minta mereka mandikan kesayangan anda – dengan cara itu anda tidak berakhir dengan sejuta calar pada anda. Terdapat juga syampu khas yang anda boleh digunakan pada haiwan kesayangan anda. Kena sentiasa ada tuala kecil bersama.

"We help people to connect to the best responsible and professional cat and dog breeders in their region and find healthy purebred animals."- Pickapaw


Jika anda punya anjing, pastikan untuk memotong kuku setiap dua bulan atau lebih
Supaya tiada sebarang cakaran di dalam rumah, anda boleh laburkan wang ringgit untuk proses penjagaan malahan juga anda juga boleh mengajar ‘mereka’ untuk tidak rosakkan segala barang di dalam rumah. Ajar ‘mereka’ apa yang boleh dan tidak boleh lakukan ketika di dalam rumah. Dengan itu, anda tidak dengar lagi bebelan ibu anda dengan keadaan di rumah. Mudah!


Sama seperti anda perlu pergi berjumpa doktor untuk rawatan atau sebarang pemeriksaan bagi pastikan diri sihat, lakukan perkara yang sama pada kesayangan anda. Bawa jumpa doktor haiwan untuk pemeriksaan lanjutan. Oleh kerana ‘mereka’ tidak boleh bercakap, kadang-kadang memerlukan orang untuk mengetahui jika ‘mereka’ dalam keadaan baik atau sebaliknya.

Harap dapat manfaat!

enjoy



No comments: