Thursday, October 29, 2015

1PRO dah ada blog sendiri? by shahroll




As salam, hello readers...

Alhamdulillah, semalam dan hari ini (28 & 29 Oktober) berlangsungnya Bengkel Insentif bagi group KiK yang akan ke Langkawi untuk bersaing di peringkat UiTM di Adya Hotel, Langkawi pada 2 hingga 5 November. 

3 group PTAR iaitu 1PRO, Shine dan Keylite bakal menggegarkan konvensyen di sana nanti, InsyaAllah!

Blog 1PRO UiTM

Bengkel insentif yang dianjurkan untuk memantapkan lagi persembahan, slide, bahan, montaj dan sebagainya bagi memastikan tiada kesalahan yang dilakukan semasa pembentangan di Langkawi nanti. Segala teguran dan saranan panel juri pada peringkat zon tengah tempoh hari, diambil kira dalam pembetulan dalam projek kumpulan.

Blog 1PRO adalah satu "add-on" yang aku buat untuk kumpulan bagi menghimpunkan segala gambar aktiviti (masih dalam peringkat progress) dan yang lebih penting adalah, untuk berkongsi segala maklumat projek kitorang dalam blog tersebut (atas keizinan ketua kumpulan dan PTAR)

Aku masih lagi mengumpulkan bahan-bahan untuk dimuatkan dalam blog tersebut. InsyaAllah, dalam masa terdekat ni akan siap 70% informasi dan projek RDMS akan menjadi projek yang berjaya nanti di sana, InsyaAllah!

Doakan kami!



No comments: