Sunday, July 05, 2015

Cermin mata baru buat blogger rabun!




As salam, hello readers...

Semalam aku pergi ke Tesco Bukit Tinggi Klang untuk memotong rambut di Salon Setia dan juga urut kaki. 2 hajat tu je aku nak buat, tapi Allah lebih mengetahui aturan-Nya. 

Aku singgah sekejap di kedai cermin mata di level atas Tesco untuk check rabun dan silau aku, memandangkan aku punya rabun tahap maksimum tak nampak signboard jalan!

pose dengan cermin mata baru!

Nampak tak fesyen rambut baru aku tu? best kan? HAHA! Baju pun dari Mendeley punya database, saja promote =p. Tokey kedai tu check mata aku dan result dia macam dibawah;

Mata kanan: 350 power
Mata kiri: 270 power

Silau aku juga agak tinggi, tetapi focusing mata aku masih baik. Kiranya, otot mata aku masih dikategorikan berfungsi dengan baik lagi. Sebabnya, semasa ujian penglihatan yang menggunakan mesin khas tu, aku dapat tangkap baca dengan cepat.

Harga cermin mata aku tu berharga RM220 selepas GST. Alhamdulillah, lepas ni aku boleh drive malam-malam dan baca signboard dengan jelas. Dalam kelas pun takda masalah lagi bila dapat seat belakang.

By the way, beli cermin mata ni takda bajet bulan ni..... HAHA!!

enjoy!


No comments: