Saturday, March 07, 2015

5 ciri yang perlu ada pada usahawan kecil by shahroll




As salam, hello readers...

Allahuakbar, lama aku tak update blog. Banyak masa dikhususkan untuk sesuatu projek yang agak besar untuk tahun 2015. Alhamdulillah! Syukur nikmat Tuhan yang dipinjamkan-Nya. Apa projek besar tu? tunggu update seterusnya eh?

Ok, disebabkan aku dah lama tak update blog, sekali-sekala bila update ni, kasi panjang sikit lah ye penulisan. Kasi terubat rindu korang sikit. Ahah!!

Apa ciri-ciri usahawan yang perlu ada (usahawan kecil), aku share kan sikit based on pengalaman aku sendiri;

premis usahawan.com yang cantik di seksyen 15, Shah Alam

1) PEKAK KAN TELINGA
Kenapa penting ni? number #1 pulak tu kan? herm, betul, dalam business kita perlu "pekak" kan telinga dengan orang-orang sekeliling kita yang beri "nasihat" percuma untuk mematahkan semangat niaga kita. Aku ada je jumpa orang cam ni dalam round aku, tapi aku buat apa? PEKAK kan aje. Kita selagi belum cuba, mana nak tahu kan? Lain la kalau dah ada kitab untuk tengok masa depan, tu lain cerita.

2) FIKIR JALAN, BUKAN ALASAN
Sebagai usahawan kecil, alasan-alasan busuk lagi basi tak perlu digunapakai lagi. Yelah, ko nak start business tapi ko malas. Jadah?? Perlu ada ILMU walaupun asas, tapi kau perlu tahu sikit-sikit. MAcam nak niaga nasi lemak, ko kena baca buku pasal nasi lemak then cuba tukar nasi lemak tu dengan cara berlainan, ubah sikit!

3) MODAL GUNA TENAGA & MASA
Ini khusus untuk mereka yang TAKDE DUIT nak start berniaga. Aku tahu, modal pertama adalah masalah pertama untuk usahawan. Paling cikai RM200 dalam tangan kalau ko buat business reseller. Beli barang orang then ko jual balik. Tak ada duit sangat? buat dropship dengan mana-mana usahawan yang ada kat dalam online atau offline.

4) KAJI KAJI & KAJI PASARAN SEMASA
Kajian tak kira untuk harga barang mentah, pengangkutan atau sebagainya korang kena start research dari masa ke semasa. Sebabnya, kita tak tahu bila semua tu boleh naik harga (semestinya!) dan itu boleh mengakibatkan peningkatan kos pengeluaran. Selain tu jugak, korang kena research harga produk korang dengan pesaing yang lain.

5) UNTUNG LEBIH TAPI.....
Aku tetap berpegang, keuntungan hanya 30% saja aku ambil disamping kita beringat, kita berniaga tuk bagi family makan dan Sunnah Nabi Muhammad SAW. Umat nabi perlu berniaga dan perlu belajar niaga sebab nabi kita juga peniaga yang hebat sebelum kerasulannya. 

Ok eh? banyak point aku bagi. Dalam buku tak de taw point macam ni. Pengalaman mendewasakan manusia ini. See ya!

Happy weekend semua!




No comments: