As salam, hello readers...
Mesti korang tertanya-tanya, apa benda yang tengah havoc dalam Instagram dengan Twitter pasal "kakee bzzr" ni kan? KAKEE BZZR (sebut: kaki bazzar) merupakan event yang bakal berlangsung pada 11 & 12 Oktober 2014 di Stadium Melawati, Shah Alam.
Chup!! Event ni actually apa dia?
Sebenarnya, event ini bertujuan untuk memberikan pengalaman berniaga secara real kepada peniaga-peniaga online yang rata-rata menggunakan medium social media sebagai perantara mereka menjual barangan kepada pelanggan.
Dengan adanya event KAKEE BZZR ini, dapat berjumpa sesama rakan niaga dan juga pelanggan setia mereka. Selain itu, sambil berniaga, peniaga juga dapat juga beramal dengan membuat sumbangan setiap jualan RM0.20 kepada Tabung Palestine yang mana kita sedia maklum tentang pergolakkan di Gaza dan saudara-saudara Islam kita disana.
Button rasmi KAKEE BZZR
Bagaimana peniaga/vendor nak daftar?
Mudah saja. Kepada peniaga/vendor yang ingin menyertai event KAKEE BZZR ini yang dianggarkan sebanyak 300 vendors bakal ada disana, boleh menghubungi pihak pengurusan KAKEE BZZR seperti berikut;
WhatsApps: 016-3421815 (Ireena- Organizer)
Instagram: @kakeebzzr
Twitter: kakeebzzr
email: kakeebzzr@gmail.com
Dalam kandungan email yang diberikan kepada team KAKEE BZZR, boleh gunakan template dibawah untuk memberi kemudahan bagi team KAKEE BZZR menyusun data anda dengan sempurna;
Gunakan template dibawah
Subjek email: Vendor untuk Kakee Bzzr
1) NAMA PENUH
2) NO. TELEFON
3) NAMA PERNIAGAAN
4) SENARAI BARANG NIAGA
5) BILANGAN BOOTH
6) NAMA INSTA SHOP (JIKA ADA)
Mahu sahut cabaran berniaga di stadium? Ayuh bersama KAKEE BZZR!!
enjoy!
2 comments:
Sekarang ramai orang buat bazaar kat stadium ye...
Nadya:
Haah, trend kot.. hehehe.. lagi pun peniaga-peniaga online sekarang semakin menggalakkan =)
Post a Comment