Tuesday, October 29, 2013

Minggu yang "busy" by shahroll




As salam, hello readers...

Lama tak update eh? Instagram+twitter menjadi medan update terkini bila aku dah sibuk dengan pelbagai aktiviti lebih-lebih lagi kalau dah masuk job wedding. Sebagai photographer, segala keringat akan dihabiskan untuk wedding tersebut. Penat? kerja apa yang tak penat kan? HEHE!

Ok lah, minggu ni aku agak banyak rancangan dan kerja yang dilakukan. Bermula dengan wedding kawan aku iaitu Daus. Aku kena cover majlis beliau sedari awal lagi dengan majlis akad nikah, sebelah malam ada sesi tukar-tukar baju dan majlis bersanding. Pada minggu depannya pula, majlis bertandang. Dalam masa tiga minggu berturut-turut, ada job wedding yang telah diberikan kepada aku.

Alhamdulillah... masih ada rezeki dalam wedding photography..

fresh dari kamera! semasa akad nikah Daus dan Nisa (Sijangkang)

Pada keesokkannya pula, kawan PLKN aku yang dulu iaitu Hafiz selamat naik pelamin bersama pasangannya. Tahniah diucapkan. Kali ni aku jadi tetamu biasa saja. Datang, duduk berborak dengan rakan lama di Canon Opto dulu (Abang Pojie)

Aku suka konsep pelamin dia "Garden Concept

Alhamdulillah, ramai dah kawan-kawan aku berganjak dari zaman bujang ke zaman berpasangan. Syukur, aku masih dapat melihat kawan-kawan disekeliling aku bahagia dengan pasangan masing-masing. Aku doakan yang terbaik di dunia dan akhirat, Insyaallah...


enjoy!


No comments: