Thursday, September 26, 2013

Tips: Kenapa banyak sangat media sosial kena urus? by shahroll




As salam, hello readers...

Dalam era pemasaran digital sekarang, pelbagai sumber atau medium yang dapat kita gunakan untuk di eksploitasi bagi meningkatkan perniagaan dan jenama. Aku tidak menolak kemungkinan dengan muncul pelbagai medium seperti Twitter, Facebook, Instagram, Youtube, Keek, Vimeo dan seumpamanya menjadikan persaingan yang sengit antara pengusaha di dalam dunia online.

Aku memahami konsep Business To Customer (B2C) yang diterapkan dalam social media sekarang. Ada baik dan ada juga kurangnya. Tetapi aku tak berhajat nak cerita pasal B2C dalam post ni. Mungkin di lain post? =)

Aku ingin berkongsi satu (1) gambar yang di screen capture dari Instagram dalam my Samsung Note. Mungkin ini boleh dijadikan panduan oleh anda diluar sana untuk menggunapakai se-maksimum yang mungkin dalam pengendalian akaun media sosial masing-masing.

source: Instagram (hastag #socialmedia)

Setiap medium yang digunakan, mesti mempunyai kekuatan yang tersendiri. Contohnya Facebook Pages. Kenapa ramai orang menggunakan Facebook Pages untuk perniagaan? Kenapa tak guna Facebook Profile saja? Kenapa guna Youtube tidak Vimeo? Kenapa nak guna Pinterest sedangkan dah ada Facebook dan Instagram? 

Semua persoalan ini sebenarnya panjang untuk dihuraikan tetapi cukup aku katakan, sebagai Social Media Manager, ruang lingkup anda mesti berlegar dengan medium-medium seperti diatas. Tanggapan orang ramai, anda seorang expert dalam SMM? Yes! you're!

enjoy!


1 comment:

Nadia Johari said...

diaorang taknak campur adukkan semua ..personal is personal..perniagaan hanya perniagaan