Monday, September 16, 2013

Bagaimana rasanya menjadi videographer perkahwinan Melayu? by shahroll




As salam, hello readers...

Catchy tak tajuk? HAHA, boleh pulun banyak SEO tu. Ok lah, semalam aku berkesempatan datang ke majlis perkahwinan Alif dan Shida bertempat di Kampung Delek Kanan, dekat je dari rumah aku. Jemputan memang sebagai tetamu, tetapi aku minta izin dengan Alif untuk merakam video untuk majlis perkahwinan mereka, tanpa ada bayaran apa-apa.

Mengapa?

Aku nak jadikan sebagai sample dan portfolio aku. Sebenarnya, aku nak "try" masuk dalam market videography dan merasa pengalaman "sebenar" juruvideo dalam majlis perkahwinan. Alhamdulillah, objektif aku tercapai. Dan yang lebih penting, video-nya dah siap aku edit semalam.

Seronok tak jadi videographer?

Nak kata seronok tu, boleh jugak lah. Kalau selalunya aku ambil gambar, sekali dapat rakam video, rasa kelainan sedikit. Tapi asasnya, bila merakam video sama dengan ambil gambar, komposisi. Bila video kita ingat senang saja, rakam saja. Itu SALAH!

Ini kerana, korang kena bijak ambil scene "yang perlu". Tapi bagi mereka yang nak play-safe, boleh la shoot semua moment. Stanby saja video yang boleh simpan file yang besar. Macam semalam aku ambil 123 file scene dan memakan storage sebanyak 2.6 GB

Imaginasi dan plan kasar untuk merangka sesebuah video aku dah fikirkan sehari sebelum. Bermakna, korang dah find out apa storyline yang nak dibuat. Adakalanya, kita shoot ikut timeline dari pagi hingga ke petang, tapi ada beberapa scene yang sesuai untuk diletakkan di sebelah pagi dalam post-processing korang nanti.

Paling penting, kalau betul nak serius dalam line video, kena ada monopod atau steady-cam atau GlideCam. Kalau tak, time bergerak pakai handheld amatlah buruk kualiti video yang dirakam. Aku ada buang scene kat khemah tu, sebab goyang keterlaluan.

Time to show, enjoy!




1 comment:

Nadia Johari said...

part edit nyer pun leh tahan susah..hhaha