Wednesday, July 31, 2013

Iftar bersama keluarga: Es Teler 77 menu masakan Indonesia! by shahroll




As salam, hello readers...

Sempat jugak aku update pasal berbuka puasa dengan family aku. Al-kisahnya, kami sekeluarga pergi membeli belah serba sedikit di sekitar Bandar Klang iaitu di Jalan Taiping. Biasa pergi kesana? kalau tak pernah lagi, sila kan lah datang eh? banyak barangan yang terdapat kat sini.

Aku selaku project manager untuk mem-booking tempat makan di Es Teler 77 di dalam bangunan Shaw Centrepoint atau lebih mesra aku panggil CP.

Restoren Es Teler 77, Juara Indonesia!

Disini semua hidangan asli Indonesia siap sedia untuk diratah! hambek kau, ratah tu! Favorite aku adalah Nasi Goreng Ekor sama Teh Botol Sosro. Macam adik-adik aku pulak suka makan Ayam Penyet. Bapak aku sama taste dengan aku manakala mak aku suka Bakso Mee kat sini.

Nasi Goreng Ekor, enak banget deh!

Nasi goreng yang ada sedikit daging (ambil dari ekor?) tomato hancur dan digoreng garing. Tidak berapa pedas sangat walaupun cili merah dicampur bersama. Cili hijau sebiji saja tetapi pedas ya ampun! Sedikit sayuran dan telur bersama emping belinjo.

Minuman kesukaaan aku disini. Try lah!

Bau teh ni seakan teh jasmin tapi lagi kuat. Dicampur dengan air terasa nikmat tatkala berbuka puasa. Ada yang mengatakan, minum teh ni mengenyangkan. Baik korang cuba ok? =)

My rate:
Cleanliness : 4/5
Ambience : 4/5
Food Quality : 4.5/5
Service Quality : 4/5
Value For Money : 4/5
Overall : 4/5

Addres:
Es Teler 77
LG floor, Shaw Centrepoint
41300 Klang, Selangor Darul Ehsan

enjoy!

No comments: