Tuesday, July 23, 2013

Berbuka puasa di Restoren Warisan Dataran Merdeka, KL part #1 by shahroll




As salam, hello readers...

Alhamdulillah, semalam (Isnin) sempat berbuka puasa bersama dengan artis-artis EMI Malaysia dan Universal Music dalam satu majlis di Restoren Warisan Dataran Merdeka. Aku ditemani a.k.a rakan blogger dan juga designer, Hafiz Rahman selaku pembawa kereta yang berhemah dengan menggunakan apps Waze tuk carik tempat. HAHA!

Kami sempat masuk di parking car khas untuk media yang datang. Memang kami media pun? Media Sosial la tapi. HEHE. Jimat Rm5 ringgit tak payah bayar. Jam menunjukkan 6.45petang dan rakan media dari TV3 ada, Sinar Harian ada, Bernama dan rakan-rakan bloggers yang lain seperti Beautiful Nara, Budiey dan Ruby.

Universal Music+EMI= MALATOP!!

bersama Saiful Naim, Hubby kepada Ruby dot my!

Banyak lauk-pauk yang disajikan di Restoren Warisan Dataran Merdeka ni. Tak cukup perut nak rasa semua. Cukuplah aku katakan, menepati selera tekak Melayu! Haaa.. kannn? Antara menu yang dihidangkan kepada hadirin;

Berkuali kauuu.. yummmeh!

Kitorang tak makan nasi pun. Mungkin kenyang minum air je, yelah.. musim panas kot? Nak pulak air sirap selasih, fuhhh nikmat! Kitorang makan mee goreng ala mamak kot rasanya nama mee ni, HAHA!

penuh satu meja! buruk lantaq toi... hehe..

Kambing bakaq! fuhhh kecur liur neh...

Amacam? nampak sedap kan? tu baru nampak, belum rasa lagi kan. Semua hidangan ni adalah dari Kuzie Catering, kalau korang tak kenal catering popular ni tak taw la nak habaq lagu mana. Google sket noo? HEHE!

Cerita bersambung... to be kontineu katanya...

4 comments:

aurikelsan said...

I've been there on 4th day of ramadhan.. lauk sedap2 bnyk pilihan.. masakan kampong selera melayu.. memang tak makan nasi..ratah lauk semata2.. kenyang..

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

Suria:
YES! lauk dia memang nampak sedap2, tapi malangnya I x dapat rasa! kekenyangan melanda sudah.. huhuhu

Unknown said...

Buffet ramadham harga die berapa eyh?

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

Syamira:

Untuk dewasa: RM68.00
Untuk kanak-kanak: RM35.00

Sampai 28 Ramadhan sahaja...
Tempahan leh hubungi: 019-2880000