Saturday, July 27, 2013

Bakso Klang: Dimana mencari bakso yang sedap di Selangor? by shahroll




As salam, hello readers...

Mencari bakso yang sedap lagi enak tidak lah sesukar yang dijangka. Memang ramai yang menjual bakso di sekitar Klang, cuma dalam banyak-banyak penjual bakso, ada satu tempat yang menawarkan kepuasan berganda apabila menikmati sajian popular Indonesia ini. Lokasinya adalah bersebelahan bangunan Mydin Klang (belakang restoren Kelana)


Bakso Klang

Tuan kedai adalah pengusaha Melayu tetapi pelayannya ada yang berbangsa Indonesia. Mungkin mengambil kira faktor pengunjung yang mengunjungi kedai bakso ini terdiri daripada pelanggan orang Indonesia. Aku sendiri memerhatikan sekitar kedai semasa mengunjungi kedai tersebut, penuh dengan warga Indonesia.

Bakso Daging

Lantas sebaik aku tiba ke kedai, aku memesan bakso daging dan juga air limau suam. Bakso itu adalah ketulan daging lembu yang dibuat seperti bebola (gambar diatas) tetapi anda boleh minta untuk letakkan daging lembu cincang bagi menambah rasa bakso itu. Kalau cukup dengan 2 ketulan daging bakso itu, tidak perlu menambah daging cincang tersebut.

Bakso close-up!

Bahan-bahan yang terdapat dalam semangkuk bakso adalah:

1) Bebola bakso
2) Suun (macam bihun tapi jenis lutsinar)
3) Bawang putih
4) Kobis
5) Daun bawang
6) Taugeh
7) Daun sup
8) Daging

Enak sekali!

Daging yang kenyal-kenyal dan bila anda memakannya, terasa lemak dicampur dengan sup yang tidak begitu masin dan tidak begitu lemak sangat. Just nice mixed! Juicy ball dan bahan-bahan supporting yang lain membantu membangkitkan rasa bakso ini. Jika mulut anda mahukan pedas, cili hijau kisar disediakan diatas meja beserta dengan kicap ABC. Tambah sampai pedih telinga!

Harga untuk semangkuk bakso dan air limau suam adalah RM6.00 sahaja. Best kan?

My rate:
Cleanliness : 3.5/5
Ambience : 3/5
Food Quality : 4/5
Service Quality : 3.5/5
Value For Money : 4/5
Overall : 3.5/5

Addres:
Bakso Barakoh
Plaza MPK, Jalan POS Baru (sebelah luar)
41300 Klang, Selangor Darul Ehsan

enjoy!

No comments: