Sunday, June 30, 2013

Felda Residence Tekam, Jerantut hari ke-2!! by shahroll




As salam, hello readers...

Lambat jugak aku update hari ke-2 di Felda Residence Tekam ni eh? sorry lah kepada yang menunggu siri perjalanan aku ni (ade ke??) gambar dah lama tersedia di dalam file HDD:D ni ha. Tinggal nak karang ayat aje. HEHE!

Apa yang best hari ke-2?

Aku bangun awal pagi. Nak hirup udara segar sekitar felda. Lama dah tak rasa "bau" hutan dan kesegaran udara yang jauh dari asap rokok dan kenderaan! Aku gunakan sepenuhnya bangun pagi ni dengan snap beberapa keping gambar. Kesian, DSLR tak bawak, aku snap pakai Samsung Note aje.

plat perasmian oleh YAB Tun Abdul Razak

sekitar cafe di Felda Residence Tekam, cool!

kueh feveret aku ni, puding roti! (ke kek cam tu lah.. HAHA!)

pagi-pagi makan sup taugeh! haha, rasa pedas, masam.. mantap!

Aktiviti lepas makan pagi adalah rafting (berakit). Sebelum kitorang berakit, ada sekumpulan geng mana tah dah try buat rakit dulu dan main kat tasik berdekatan. Best jugak tengok dorang main rakit. Aku kira 1st time jugak lah nak berakit ni.

pakai tong air dengan PVC dan tali rafia

Ingat senang lah nak buat rakit guna barang yang disediakan. Payah jugak la. Time nak mengikat tu jenuh nak mengikatnya. Kami diberi taklimat terlebih dahulu oleh pakar, iaitu team rekreasi yang menjaga alatan untuk aktiviti outdoor. Alhamdulillah, semangat berpasukan dikalangan kami memang mantap! HAHA!

Azri dan Cua dibantu oleh team rekreasi

Setelah siap, kena pikul rakit tu di pinggir tasik dan boleh la memulakan merakit tu. Tenaga habis tuk pikul rakit tu sebenarnya! haha. Dalam 50kilo beratnya. Tapi semuanya dibantu sama-sama, ape de hal.

Ada lagi?

Chalet di Felda Residence Tekam

Lepas berbasah dan berpeluh, naik keta jalan-jalan sekitar felda. Kami dibawa melihat beberapa chalet yang ada disini. Not bad! dengan harga yang berpatutan korang boleh menginap disini dengan seronok. Bilik sederhana besar, ada aircond, tv dan semestinya bilik air. Boleh berhubung dengan Felda Residence di SINI.

padang golf!

Kepada kaki golf, jangan risau. Korang ada port yang baik untuk melepaskan rasa nak main golf disini. Dengan bayaran RM20 dapat sebakul bola. Disini disediakan buggy car dan semuanya boleh berhubung dengan Felda Residence Tekam untuk maklumat lanjut.

Little bit penat round-round sekitar felda tapi menyeronokkan. Aku nak datang sini lagi bila berkesempatan.

enjoy!

No comments: