Sunday, May 19, 2013

Kerja Kawin: Sri Angsana Catering menjadi pilihan! by shahroll




As salam, hello readers...

Hari Ahad aku dipenuhi dengan pergi ke area Hulu Langat (Ampang) area Kampung Pandan untuk mencari Wisma Sri Angsana. Untuk apa? menempah catering ini untuk majlis perkahwinan. Disebabkan ramai yang menggunakan khidmat mereka dan masakan yang disajikan pula sedap sedap belaka, memang layak mereka ini menjadi penyedia makanan untuk majlis perkahwinan nanti.

Tak susah nak ke sini...

Wisma Sri Angsana (pejabat urusan) dia terletak di Kampung Pandan, berdekatan dengan Tesco Extra Ampang. Aku dari Klang melalui Lebuhraya KESAS untuk menjimatkan masa tapi toll banyak lah pergi balik. Dalam RM16 camtu.

Tempat terletaknya pejabat urusan ni, kat dalam area perumahan, tapi landmark dia senang. Nampak SHELL belah kanan, dah nampak Sri Angsana nyer butik sebelah kiri. Itu butik dia, kalau nak tempah catering, lorong lagi satu di belakang. (Berdepan dengan Pasar Besar Ampang)

Banyak pakej yang ditawarkan. Rambang mata dengan menu makanan yang diberikan. Tapi, perlu lah tengok pada bajet korang jugak ye! Kang terkejut pulak tengok harga bila buat bill nanti.

Boleh lihat disini pakej mereka: Sri Angsana Catering

Review:

Service yang diberikan pada awal perkenalan di pejabat dengan mencuba makanan yang disediakan. Ini memberikan impak besar dalam keyakinan terhadap perkhidmatan yang bakal diberikan kepada pelanggan.

Ruang perbincangan yang tertutup di dalam bilik pejabat mereka. Ini membolehkan negotiation berlaku tanpa ada rasa "malu" dengan pelanggan lain yang berkunjung disini. Apa pun, harga mereka memang terbaik! =)

No comments: