Saturday, March 23, 2013

Tenaga pengajar di Kolej Komuniti Klang! by shahroll




As salam, hello readers...

Tiada ungkapan yang lebih bermakna selain menadah tangan serta mengucapkan syukur Alhamdulillah dengan peluang dan ruang yang telah diberikan oleh pihak Kolej Komuniti Klang atas kepercayaan mereka untuk aku handle salah satu kursus yang mereka tawarkan. Apa kursus yang aku handle disini?

Kalau anda semua nak tahu, di KK Klang terdapat pelbagai kursus jangka pendek yang mereka tawarkan seperti masakan, solekan, jahitan dan juga ICT. Dan amat berbaloi belajar di KK Klang kerana semua tenaga pengajarnya adalah yang berkemahiran tinggi dalam pembentukkan modal insan yang berkualiti.

Berbalik pada kursus yang aku handle, aku diberi tugas dalam mengajar kluster ICT iaitu skop Pembinaan Blog Perniagaan (PBP) untuk membantu para peserta kursus atau usahawan, tak kira baru atau lama, menolong mereka dalam membudayakan ICT (blog) dalam rangka imej perniagaan mereka serta menggunakan medium ini sebagai langkah penjenamaan perniagaan mereka sendiri.

Beberapa siri kursus telah pun aku selesaikan bersama dengan KK Klang sejak tahun 2012 lagi.


Kelas pertama aku dengan peserta kursus dari syarikat Panasonic

Apa yang aku ajar kepada peserta kursus? Medium blog apa yang selalu aku war-war kan?

Persoalan-persoalan ini aku jawab dalam bentuk point boleh? Ok, kita mulakan;

#1-Biasanya aku akan mulakan dengan pertanyaan pemahaman mereka dalam bidang/kursus yang mereka ambil. Kalau mereka masuk ke dalam kelas aku, aku akan pastikan jika skala mereka di tahap 5, lepas saja keluar dari kelas, mereka sudah berada di skala 7 atau 8. Oleh kerana short course begini, untuk mendapat full scale agak tidak munasabah.

#2-Membuka akaun Gmail. Kenapa? selalunya mereka sudah ada akaun ini, tetapi mereka tidak mengetahui kelebihan dan kegunaanya dalam produk-produk Google yang lain. Selalu aku katakan, "Gmail is your Master Key". Siapa masuk kelas aku tahu lah apa yang aku cakapkan.

#3-Aku akan sentuh secara umum, apakah blog? apa jenis-jenis blog? sejarah tentang blog? Apa dia blogspot? Kelebihan tentang blogspot? semua ini aku hurai dan rangkumkan menjadi satu susunan kata yang senang mereka untuk mereka terima (bergantung pada tahap pemahaman masing-masing). Mesti anda tertanya-tanya, mengapa aku menggunakan medium blogspot? sila cari jawapannya di dalam point #2.

Dan setelah itu, aku akan langsung saja membuat hands-on tentang apa yang terdapat dalam blogspot itu sehingga kelas tamat. Biasanya kelas bermula pada 9 pagi dan berakhir pada jam 5 petang (8 jam)

Alhamdulillah, rezki dariMu Ya Rabb

Menerima Sijil Penghargaan dari Ir. Kamaruzzaman bin Johari
Pengerusi Barisan Nasional Kota Raja

Setelah selesai kelas/kursus, kertas maklumbalas pelanggan akan aku terima dengan perasaan yang bercampur. Suka dan gementar. Suka kerana aku telah pun selesai melaksanakan tanggungjawab sebagai pengajar yang memberikan sekelumit ilmu yang aku ada untuk dikongsikan kepada mereka yang memerlukan. Dan sikit gementar apabila, peserta/pelajar yang menilai kita secara terus. Ada yang positif dan ada yang negatif. Itu aku anggap biasa. 

Yang positif, aku ambil sebagai pujian untuk Yang Maha Esa. Untuk sisi yang negatif pula, aku merasakan mesti kena ada perubahan dalam penyampaian dalam kelas untuk semua yang hadir dapat merasai nikmat ilmu yang ada. Insha Allah, ilmu yang baik dapat dirasai oleh semua.

Kelas terbaru pada 16 Mac 2013

Bersama peserta dalam Pembangunan Blog Perniagaan

enjoy!

2 comments:

JMR said...

best! ak nah dijemput sbg fasi utk kusus foto kt kolej kmniti k.trg..diorg mmg banyak aktivit!

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

JMR:

Right now Kolej Komuniti mmg all out aku tgk. Terbaik dari KPT =)