Friday, February 01, 2013

Private Coaching Photography (PCP) SH iMAGE by shahroll




As salam, hello readers...

Bertemu lagi kita di bulan Februari. My 1st post untuk Februari adalah menceritakan tentang kelas yang dikendalikan oleh aku sendiri (SH iMAGE) kepada salah seorang client di Shah Alam. Pemilihan tempat aku yang pilih sebenarnya untuk memudahkan aku dan juga pelajar, sampai dengan kadar yang cepat dan tak jammed. HEHE!

Ok, let's begin.

Oleh kerana my client sudah ada basic pengendalian, maka pembelajaran tidak mula dari ZERO sangat. Terus jump pada module-module yang diperlukan dalam keadaan/situasi sebenar penggambaran di lokasi. Bila sudah mahir menggendalikan kamera, faktor lain seperti komunikasi, sudut pandang kreatif dan lain-lain perlu diambil berat.

 My client jacket merah (Ireen) with husband dan 
model baju biru bernama Ayu

My friend, Farid assist aku untuk kelas ini.

Apa yang aku ajar dan tekan kan?

Sebagai seorang fotograper yang penting adalah kemahiran menggendalikan gajet korang sendiri. Bab ISO, Aperture dan juga Shutter Speed seharusnya menjadi "dalam tangan". Dengan itu tiada masalah kalau korang menghadapi pelbagai situasi semasa melakukan kerja (job) di lokasi yang sebenar.

Selain itu, bagaimana sudut pandang digunakan, background, foreground, Rule Of Third (RO3) dan subjek pada apa yang hendak di rakamkan? adakah nak potret gambar manusia? Pemandangan? semua elemen ini korang kena catch satu-persatu.



Beberapa perkara yang aku ingin share denga korang adalah;

1#- Sudut Pandang (angle/viewpoint)
Apa yang membezakan gambar fotograper dengan gambar orang biasa? dengan menggunakan sudut pandang yang boleh dipelbagaikan dan dicampur dengan kreativiti, menjadikan gambar dihasilkan juga menarik. Mungkin korang boleh masukkan seperti line leading, pattern, high-point, low-point dalam gambar korang.

2#- Background
Latar belakang yang cantik, bersih menjadi idaman setiap jurugambar. Ini aku tak boleh nafikan tetapi bagi sesetengah orang pula, ada lain citarasanya. Mungkin inginkan kelainan dalam gambarnya dan itu bergantung pada tema, subjek dan sebagainya. 

Dalam kelas aku ni, memotret gambar manusia memerlukan latar belakang yang asli dan cantik sebagai teras pembelajaran.

3#- Komunikasi
Seorang jurugambar yang baik adalah berkomunikasi dengan subjek. Bila ambil gambar orang, maka perlukan komunikasi seperti manusia juga lah. Betul tak? Selain dari bercakap secara terus, kemahiran komunikasi ada banyak. Tapi apa yang aku perlu katakan, bila merakamkan subjek, pandai-pandai korang lah minta "expression" dari model/orang. Itu penting.

Kadang-kadang kalau kita tak mahir, gambar kita akan menjadi sikit keciwa. Terdetik macam, "Alamak, kalau aku suruh sengih sket tadi dah cun ni" something like that la..

Lain-lain?

Kalau nak tulis semua sangatlah panjang ye readers semua. Korang boleh HADIR ke private class aku depend on your time and date. Ikut juga jadual aku yang sememangnya agak pack, maka kena arrange betul-betul. 

Harga?

Boleh email di shahrollphoto@gmail.com atau terus ke inbox FB pages aku di SH iMAGE

Last, aku bagi my shoot semasa aku handle this class. enjoy!

juga boleh dilihat di SINI

10 comments:

Kamsiah yusoff said...

ditangan mereka yg kreatif spt saudara,semuanya nampak sempurna,menjadi...

Kakzakie Purvit said...

Kalau kakak nie bab photography tak ada skill langsung...

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

Kamsiah:

Terima kasih kak. akak pon apa kurangnya dalam blog ada gambar yang best2 =)

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

Kak Zakie:

Boleh tu kak.. kne belajar sikit2 je.. ehehhe.. ada kamera tak? =D

Dr K said...

tu taman tasik dekat dgn rumah MB Selangor ka bro?

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

Daddy;

Rumah MB Selangor ke? huhu dia dekat seksyen 6, saya panggil Taman Belakang SUK... huhuhu~

Bang Iwan said...

Entri yang sangat berguna bagi saya sebagai seorang penggemar fotografi. Salam...

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

Bang Iwan:

Terima kasih Bang Iwan sudi singgah blog saya. Semoga apa yang ditulis memberi manfaat =)

ieza ashaari said...

mcm kenal je model tu.. hurm..

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

iz;

Kenal ke? heheheh~