Sunday, February 24, 2013

Apa itu Soan Papdi? by shahroll




As salam, hello readers...

Aku baru mencuba makanan ringan (snack) yang di import dari India iaitu Soan Papdi. Manusia yang memperkenalkan aku makanan tradisi India ini adalah Kak Nora, blogger yang aku jumpa masa SBB2013. Dalam blog Kak Nora ada pasal Soan Papdi ni (rujuk SINI)

Setelah selesai urusan aku hari ini, aku singgah di Little India Street, Klang untuk membeli Soan Papdi. Pada mulanya aku agak risau dengan ke-halal-an produk makanan ni, aku belek-belek packaging dia, ada halal dari international punya. So, tak de lah aku risau sangat. HUHU!

Little India, Klang, Malaysia
Original link: shahrollphoto Instagram

Soan Papdi (sweet snack)
sebungkus RM5.50

Aku beli 2 perisa. Satu perisa oren dan satu lagi cardamom. Cardamom tu buah pelaga dalam bahasa mudahnya. Setakat ni aku rasa yang oren dulu. Dia punya manis memang FERGHHHH~ tak boleh makan selalu ni weh! huhu. Manis gila. Makan sekali-sekala ok lah.

Macam makan gula-gula kapas? Haa.. lebih kurang la tu. Aku sejukkan dulu lepas rasa tadi. Kot lebih sedap?

Korang nak order tak?

2 comments:

nurmisnan said...

Finally dpt juga mencari..
Sesekali mkn ok brother.. tp kalau
Dah masuk mulut x terhenti rasanya..

Lepas ni p cuba choc royse plak..

Thanks for backlink tu yerk..

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

Kak Nora:

HEHE.. thanks for your introduce this snack.. memang manis dan tak berhenti makan kalau dah start... hehe.. no problem for the backlink! =)