Wednesday, December 26, 2012

Saya seorang Social Media Manager dan Marketing Consultant by shahroll




As salam, hello readers...

Hari ni sangat produktif walaupun cuti umum dihabiskan separuh hari mengadap PC. Bermula dengan lakaran kasar untuk mereka-cipta banner yang digunakan nanti untuk workshop aku pada bulan Feb 2013. Lepas tu, transfer video yang aku rakam untuk slot/segmen 'Cerita Aku', nantilah aku cerita details pasal tu ye?

Best tak jadi Pengurus Media Sosial?

Soalan apakah? HAHA! Ok, seriously aku suka apa yang telah/sedang aku lakukan sekarang. SANGAT! dengan belajar dan belajar sedalam-dalamnya tentang ilmu pemasaran dan juga social network (strategies), kini boleh dikatakan aku mempunyai pengalaman yang cukup untuk mengurus, membantu dan mengajar tentang apa yang disebut 'Social Media Manager' itu.

Aku ada tulis tentang SMM (my second blog) itu di link dibawah;

#1-Social Media Manager: Work at home?
#2-Kenapa usahawan perlu tahu tentang pemasaran Online?

iPad client di Old Town White Coffee, seksyen 7

Usaha menjadi ke posisi aku sekarang bukan mudah. Maksud aku, bukan mudah untuk mengukuhkan "jenama" aku sendiri. Mungkin 5 tahun lepas, siapa lah yang kenal dengan 'shahrulhairy dot com' tu, kawan-kawan rapat pon tak kenal sangat dengan blog ni. HEHE. Namun aku bersyukur segala usaha aku berbaloi dengan pencapaian bila ada orang mengatakan, "Oh, you ke owner blog shahrulhairy tu?" nice kan? =) thanks korang!

Bila dah ada pengalaman dan ilmu, sampai masanya untuk aku kembalikan ilmu itu kepada orang lain pula. Ilmu yang baik dan orang pula memakainya setiap masa,kan dapat pahala? Ha, itu lah yang aku pegang dari dulu. Cuma dulu, belum sampai masanya aku nak kembalikan ilmu-ilmu tu kat orang lain. Now I ready to do that!

Untuk 2012, 4 kelas berteraskan Kursus Jangka pendek untuk slot "Pemasaran Internet" di Kolej Komuniti dan juga Rakan Muda (Youth Blog). Antara pengisian kelas aku adalah, bagaimana menggunakan social media, create, develop dan juga untuk maintaining apa yang telah dilakukan dalam seharian belajar aplikasi yang digunakan.

Facebook, Twitter, blog dan juga Youtube antara pengisian utama aku. Kaedah yang digunakan ada 2 cara. Dengan adanya nota dan juga pelajaran secara "hands-on" langsung kepada peserta. Selalunya peserta dalam 10 hingga 20 orang dalam satu masa.

Now untuk 2013 (coming soon)

klik untuk imej yang jelas

Dalam bulan Februari 2013, aku akan menganjurkan workshop berskala sederhana besar (sebab 35 orang peserta). Segala slide dan nota telah pun hampir sempurna dan untuk pengetahuan kalian, dalam workshop ini juga aku akan menjemput blogger paling popular untuk segmen "Dunia blog: Kaedah dan kesannya" siapa blogger tu ya??? Oh, itu kena lah datang ke workshop ini! huhuhu...

Untuk tempat/masa/tarikh telah pun ditetapkan. Cuma ada beberapa perkara untuk aku setelkan dalam minggu ni berkenaan dengan catering yang boleh sponsor untuk workshop aku ni. Ye, SPONSOR ok! Kalau sesiapa ada link dengan catering, boleh forward kan kat aku ya?

Berapa harga untuk workshop ni?? Itu nantikan post seterusnya ya?

enjoy!

2 comments:

AJ said...

good luck bro..semakin maju ke hadapan....

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

Eyriqazz:

Thanks bro. u too! =)