As salam, hello readers...
Cinta Halal? tajuk yang diberikan dalam tele-movie hasil penulis skrip oleh Hasliza Ismail memberikan dimensi berlainan dalam tele-movie yang berada di pasaran televisyen. Apa yang lain sangat sampai aku review? Jawapan dia ada dalam post entry ni nanti. teruskan.
Cerita berpaksikan dengan perwatakan seorang perempuan yang aktif, berterus-terang, suka membantu orang lain, outspoken dan juga cantik. Itulah watak Ismi Hazariah yang dilakonkan oleh Fathia Latif. Kepelbagaian perwatakan ini mencetuskan ketidak-senangan orang-orang yang berada disekelilingnya.
Nur Fathia Latif
Pelakon lain seperti Fazlina Dato Ahmad (ibu tiri Ismi), Fahrin Ahmad (majikan Ismi di pejabat), Lydiawati (ibu Fahrin) dan Mahmud Ali Bashah (Ayah fahrin) turut memainkan peranan dalam membangunkan penceritaan Cinta Halal ini. Yang pasti, watak Ismi dengan penggunaan kata (skrip) yang digunakan agak "sukar" jika penonton atas 50an menerimanya. Bagi generasi muda may be tak punyai masalah, kot?
Fahrin Ahmad
Walaupun Zeel Production sebuah nama produksi yang "baru" aku dengar setelah menonton telemovie ni malam tadi, hasil kerja yang ditonjolkan tidak lah mengecewakan. Ini mungkin jalinan antara penulis skrip, pelakon dan pengarah, Azmi Hata yang jitu menjadikan terlahirnya sebuah naskah yang terbaik sekali. Tahniah diucapkan kepada warga kerjanya!
Sinopsis:
CINTA HALAL berkisar mengenai seorang gadis, Ismi Hazariah yang baru sahaja kehilangan perkerjaannya buat kali kelima lantaran dari sikapnya yang suka mencari pasal di tempat kerja.
Ibu tirinya, Najihah runsing dengan masa depannya lantas memaksa Ismi untuk menghadiri temuduga sebagai Eksekutif di sebuah syarikat eksport makanan halal yang dimiliki oleh keluarga berketurunan arab.
Ismi yang berperwatakan gila-gila dan berjiwa rockers menolak mentah-mentah kerana dia tahu etika berpakaian berkerja yang harus berpakaian muslimah. Namun atas desakan yang berterusan dia akhirnya mengalah dan menghadiri temuduga tersebut.
Nasib menyebelahinya apabila dia berjaya mendapat perkerjaan tersebut. Ismi terpaksa melakukan pengorbanan yang besar dari segi pakaian dan tingkah laku sekadar memenuhi permintaan syarikat.
Bekerja di Cahaya Holding telah membuka perspektif baru di dalam hidup Ismi. Dia mula jatuh hati terhadap pengurus syarikat, Syed Mukhriz hanya kerana perwatakannya yang kacak, tegas tetapi baik hati dan kaya. Adakah Ismi dapat bersama lelaki idamannya?- sumber: Mstar Online
Untuk yng tidak berkesempatan menonton, boleh lihat channel Youtube di bawah;
enjoy!
3 comments:
ahaha bro, gwa layan citer ni masa raya haji tu. mmg lawak siut.
part last buat2 lemas padahal air tak dalam pun lawak gak. hihi
Matjoe:
Aku suka gak part yg tu. sweet gila! huhu~ tapi ada satu part yang masa fahrin lamar Ismi, ohhh cool!
"Ismi Hazariah, sanggup tak awak jadi halal bagi saya?" goshh!
nice story =)
nice & sweet
Post a Comment