As salam, hello readers...
Membeli belah sambil menikmati makanan merupakan satu aktiviti di waktu poket sedang menebal dan penuh. Yelah, kalau poket tak tebal, manakan bisa aku boleh membeli makanan itu kan? Nah! tempoh hari aku ada mampir (singgah) di kiosk menamakan perusahaan mereka "Kebab Turki".
Apaan sih Kebab Turki?
Dah kenapa aku menulis macam blogger Indonesia. Bukan apa, masa aku beli makanan ni kat Kebab Turki, pekerjanya adalah orang Indonesia. Bangsa Indonesia. Setelah aku mengombrol (bercakap) bersama mereka, ada yang datang dari Bandung, Pulau Jawa dan Surabaya. Tengok, jauh-jauh mereka datang mencari rezeki di Malaysia.
Bagaimana mereka menyediakan Kebab Turki?
Berkonsepkan "open-air" di kiosk mereka berniaga, membolehkan pengunjung melihat sendiri bagaimana kebab-kebab yang mereka hasilkan. Aku salute mereka yang boleh bekerja sambil diperhatikan oleh orang lain sebab aku sendiri tak boleh nak "bekerja" kalau ada mata yang melihat! HAHA!
aku menempah 2 kebab... beginilah keadaannya..
roti kebab+campuran sayur-sayuran
Inti kebab yang ditawarkan dalam menu adalah daging salai, daging lembu dan juga daging ayam. Paling hot adalah daging salai BBQ. Aku dah rasa, memang sedap!
cawangan di Malaysia, Indonesia dan Philippines
packaging yang menarik dan unique..
best tagline...
siap ada guide nak makan pakai packaging yang disediakan.. Oh oh~
100% tasty??? NO LAH! 200% TASTY!!
Daging Salai BBQ... yummehh!
Kalau korang nak rasa kenikmatan Kebab Turki ini, boleh kunjungi kiosk mereka di Summit USJ di Ground Floor. Berhadapan dengan Subway outlet. Harga yang ditawarkan adalah RM5.90 untuk setiap satu menu dan pertambahan sekiranya korang menambah cheese.
enjoy!
4 comments:
selain usj , mana lagi ade?haha..sedapnye! 200% pulak tuh
Zu:
Salam. selain USJ, tak taw pulak kiosk dorang kat mana... huhuhu~ mai la USJ.. huhu~
yup! 200% sodapp! =D
baba rafi punya... nmpk cam sedap n murah pula.. kalo g summit usj harap2 akak x lupa terjah...
Terima Kasih kerana mencuba sajian kebab kita dan mengatakan bahawa ia 200% tasty.
Selain outlet di Summit USJ, Kebab Turki Baba Rafi juga terdapat di:
1. Tesco Mutiara(sebelah the curve)
2. Mines shopping centre (opposite jetty)
3. Central Market (kasturi walk)
4. Tesco extra Shah Alam
5. Universiti Malaya (sebelah student mall)
6. Mydin, Terengganu
7. Inti Nilai
8. Subang Ria food court, Kelana Jaya
9. The Strand, Kota Damansara (opposite Dr.cafe)
10. Plaza Lowyat (coming soon)
Terima kasih sekali lagi!
Post a Comment