As salam, hello readers...
Hari ni aku nak berjalan-jalan ke Setia City Mall dengan my mom. Sebelum nak keluar, ada masa untuk update blog. Gunakan masa sebaik mungkin, btoi dak? Bercerita berkenaan konsert yang aku "hadiri" di Seoul Plaza, Korea untuk melihat sendiri PSY di depan mata!
Siapa PSY? sangat ketinggalan anda. Baca SINI.
Harga tiket? Aku dapat FREE je. Paling depan aku berdiri. BEST! Kipas bawah kaki lagi. Air di sediakan oleh "penganjur". Memang puas hati sangat-sangat lah =p
Jyeahhhh!! konsert depan PC yow~
PSY, YOU ARE CONCERT MASTER!!
최고의 콘서트에 감사드립니다!
Konsert live streaming ini dibawa oleh Youtube di channel PSY. Puas hati sebab dapat tengok tanpa menunggu buffering yang lama. Smooth je. Thanks P14G yang aku subscribe selama 5 tahun!
PSY sedang beraksi on stage...
(ade kesan buffer, tapi sekejap je sebab aku besarkan screen)
PSY melihat crowd yang ada dihadapannya.. TERLALU RAMAI..
PSY membawakan lagu-lagu yang terdapat pada album ke-6 nya itu. Baru aku tahu yang tak semua lagu dalam album PSY tu macam Oppa Gangnam Style nyer konsep, tapi campur-campur. Ala macam ala Rock & Roll, ada ballad (yang ballad ni best!) boleh dikatakan pelbagai la. Tapi yang pastinya lagu Oppa Gangnam Style di hujung persembahan. Biasa la kan... lagu killer =D
4 Oktober 2012 | jam 10pm (waktu Korea)
waktu di Malaysia start 8.00malam-10.30malam
Masa kemuncak! Lagu killer sedang di nyanyikan (Oppa Gangnam Style)
Seperti yang dapat dilihat, online streaming mencecah 84,845 users dalam masa itu. WOW! seluruh pelusuk dunia sedang menyaksikan persembahan PSY di Seoul Plaza. Suasana di sana (seperti apa yang aku lihat tempoh hari) crowd yang hadir ternyata ternanti-nantikan lagu ini untuk bersama-sama PSY menyanyikannya. HEBAT!
Bukan setakat nyanyi malah turut menari ala kuda sama-sama. Aku yang duduk kat kerusi ni pun hentak-hentak kaki gak ikut rentak lagu tu. HAHA! *perasan macam pergi konsert*. Ada 2 perkara yang best aku lihat di konsert ni. Bukan pasal hot chick Korean eh (itu salah satu! =p)
Yang pertama, aku ternampak bendera Perancis dan Brazil dikibarkan ditengah-tengah orang ramai. What? PSY nyanyi dalam bahasa Korea 100%! What they try show? Music is Universal! janji enjoy. Yang kedua, Mat Salleh yang datang (ada kamera close up kan) nyanyi dalam bahasa Korea. Tak tahu la just hanya menghafal aku apa, tapi best kot orang asing "bertutur" dalam bahasa tempatan.
itu je lah. Kalau ada duit terlebih tahun depan, mau gak jejak kaki ke Korea ni. Hebat sungguh penangan 1 lagu kan?
enjoy!
2 comments:
Time nak abis lagu GANGNAM tu si PSY siap tanggal baju tue....sambil menari kuda dia....ahhhahahaha
Bro Hazman:
Tang tu mmg GILA! hahha.. power seh!
Post a Comment