Tuesday, May 08, 2012

Nasi Ayam Tip Top, best sangat ke? by shahroll



As salam, hello readers...


Semasa aku pulang dari Perpustakaan Kuala Lumpur (PKL), waktu sudah tiba untuk makan tengahari. Masa tu sudah berada di Lembah Pantai, so ada satu tempat makan yang dikatakan sedap. Aku pon singgah lah bersama kawan-kawan aku.


Aku order Nasi Ayam Tip Top.


Saiko kan? asal nama pepelik je, sure kita nak try or rasa. HAHA! Nasi ayam mana-mana pon sama je bagi aku, basic nasi+ayam. Then yang membezakan cuma rasa sup dan kicap+sos merah yang berlainan jenama! =p


Bahagian peha ayam aku suka....

Sup dia keroh sebab bercampur dengan daging lembu+rasa serai yang kuat...

Apa yang tak TIP TOP kat kedai ni? semua TIP TOP!

Semasa aku menjamah makanan yang sampai, aku perhatikan pekerja-pekerja restoren sibuk buat nasi ayam bungkus. BANYAK ok. Tempahan orang dari sekitar ofis-ofis kot. So dari situ konklusi aku mengenai nasi ayam kat sini memang terbaik lah *sesambil hirup sup keroh*

Dan satu lagi, aku belajar minum...

Teh O Ais Laici, ok aku jakun! first time aku minum kot.. HEHE

Masa kawan aku order air ni, sedikit kerutan di dahi kelihatan. Ok lah, sebab dorang minum aku pon nak try gak lah. Lepas tu terus ketagih! Lepak-lepak minum sure aku order air Teh O Ais Laici, keh3! Thanks buddy!

Korang nak cuba makanan-makanan di sini, boleh datang area Lembah Pantai, KL. Kalau tak tahu landmark kedai ni, boleh tengok gambar kat bawah. membantu kot?

enjoy!

No comments: