As salam, hello readers...
Jumaat lepas aku ada menghadiri Sambutan Hari Pekerja peringkat IPTA yang disertai 20 buah universiti tempatan. Inilah pertama kali aku masuk ke UIA secara rasmi (waktu bekerja). Sempat berjemaah menunaikan Solat Jumaat.
Pengalaman yang berbeza tatkala khutbah dibaca menggunakan Bahasa Arab secara total. Aku hanya tertunduk ke lantai sambil memejamkan mata.
Ini juga kali pertama aku mendengar taklimat dari Dato' Saifuddin. Lemah lembut suaranya. Aku boleh mendengar seketul-seketul ayat yang dibahas dengan jelas apa yang diperkatakan dalam Sambutan Hari Pekerja.
Aku share dengan anda.
Paling aku ingat, pekerja bagi Dato' ada 3 jenis. Yang pertama jenis Pekerja Rutin. Pekerja rutin maksudnya, kerja yang hari-hari sama saja mengikut apa yang sudah dirancang. Benda yang sama korang buat setiap hari. Contoh, kerja office.
Kedua, Pekerja Network (inter-linker). Pekerja macam ni kata Dato' macam kerja Public Relation (PR) tu lah. Banyak deal dengan orang ramai. Kemahiran komunikasi yang tinggi jenis pekerja begini. Kerja yang tidak terlalu rigid dengan jadual, tetapi mampu melaksanakan beberapa kerja yang lain.
Ketiga, Pekerja Kreatif & Inovatif. Pekerja seperti ini kalau korang nak tahu macam tukang kasut, tukang kebun dan lain-lain pekerjaan yang pada pandangan umum biasa saja. Tidak menjana pendapatan yang tinggi pun.
Tetapi kata Dato', dunia pekerjaan hari ini semakin lama semakin memerlukan pekerja yang kategori ketiga, iaitu yang kreatif. Kita dah lama dipupuk dalam minda sejak zaman-berzaman tentang pekerjaan yang menjamin kedudukan yang tinggi seperti doktor, lawyer,jurutera tetapi kita lupa, jika kita kreatif serta inovatif, mampu menghasilkan penjanaan wang. Dan ia sudah terbukti.
Bergambar kenang-kenangan bersama Dato' Saifuddin Abdullah.
*orang belakang mesti hot tengok aku* HAHA! janji dapat!
enjoy!
2 comments:
X amek gambo ngn dato omar?
tak, boleh jumpa bila2 kat event lain.. haha..
Post a Comment