As salam, hello readers...
Masjid biru di Shah Alam sekali lagi menjadi tumpuan orang ramai setelah mengetahui Kuliah Khas yang dibawakan oleh pihak JAIS adalah penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus akan menyampaikan kuliah maghrib pada 29/01/2012.
poster/iklan
Aku sampai awal. Dalam jam 5.45 petang. Aku takut tak ada tempat nak parking. Aku lebih suka parking kat dalam (park utama masjid). Parking kat tepi jalan nanti takut kereta lain langgar pulak.
Park dah penuh seawal jam 6.15 petang
Park motosikal pon sama..
My friend, Aqbar turut hadir. Syukurlah dapat berjumpa sebab masa Sambutan Tahun Baru tak sempat nak berborak panjang pasal life memasing. Jauh tu datang dari Rawang!
ada sticker kereta yang dijual, aku beli 1 =)
Baju pon ada, stylo boh!
Ruang solat bahagian bawah (tang ni aku silap, ingat buat kat sini)
Masa yang masih berbaki sebelum masuk Azan Maghrib, aku rayau-rayau sekitar dalam masjid tu ada mini bazaar yang disediakan oleh pihak masjid. Ada jual tudung, jual kopiah, jual baju, jual pemadam api. Cuma 1 je tak de aku nampak, jual buah tin! Dulu masa puasa lepas (solat terawih) ada beli buah tin tu, sedap woo!
Then, aku & Aqbar naik ke ruang solat utama nak amek port depan-depan Ustaz lah. Sekali naik dah penuh der! Subhanallah. Cepat betul saf depan penuh. Agak keciwa sebab tersalah tempat pada awalnya.
ramai sungguh... belia-belia belaka..
Dianggarkan seramai 30 ribu jemaah yang mengimarahkan Masjid Biru dan yang menonton online pulak sekitar 110K! Alhamdulillah, hampir 140 jumlah keseluruhannya. ;')
Ceramah yang disampaikan berkenaan dengan Tauhid Uluhiyah. Banyak info-info yang aku dapat sepanjang sesi #1 berlangsung. Perkara yang paling aku ingat tentang keikhlasan dalam ibadat. Bab ni bagus, mengigatkan bahawasanya Tok Imam pun tak terlepas dari jerat syaitan untuk memerangkap manusia untuk membuat ibadat semata-mata mahu menunjuk-nunjuk di depan manusia lain.
Dan, sesi paling ditunggu-tunggu tentulah sesi soal jawab. Sebanyak 26 persoalan telah dijawab dengan baik dan terang oleh UAI. Korang nak tengok persoalan-persoalan yang ditanya, pergi ke SINI.
enjoy!
5 comments:
belum lagi berpeluang nak dengar kuliah UAI secara live... terbaik.. Takbir
atoi! bole plaks tak terserempak ngan awk yea? padahal akak anak beranak siap berpiknik kat dewan makan tuh....huhuhuhuhuhu
Bro Mid:
Tak pe bro, selagi Youtube tak disekat, boleh layan lam utube =). TAKBIR!
Kak Ayu:
HAHA, luas kan masjidnyer? sampai tak ternampak.. ke saya hensem sgt kot? =p
2-2 jwpn anda adalah tepat...hihihii
Post a Comment