As salam, hello readers...
Malam ni malam terakhir aku kat Hotel Abadi yang mana aku menghadiri seminar dan cover event GAKUM ni lah. Aku antara peserta muda bersama rakan sekerja yang lagi sorang. Lain-lain dari kalangan Doktor-doktor, Ahli-ahli akademik dan lain-lain banyak aku mendapat pengajaran dan pembelajaran kat sini.
Anda boleh lihat live update yang aku buat di blog KPP.
Baru mukadimah ni, belum masuk point utama. Semasa aku berborak-borak dengan ahli persidangan seminar ni, aku dapat rasakan sesuatu keperluan pengetahuan pasal dunia blogging ini di dalam seminar yang aku hadiri sekarang ni.
Begini.
Di dalam satu-satu seminar yang mana pengisian yang dilontarkan oleh para panel yang dijemput banyak input-input yang berguna yang perlu di rekodkan dan terus di kongsi oleh orang ramai tentang perjalanan sesuatu seminar itu.
Memang masih ada pencatat minit dan seseorang akan merekod perjalanan seminar tetapi cara itu cara lama.
aku nak transformasi dilakukan dengan membuat laporan sepantas yang mungkin.
Dalam men-trasformasikan budaya kerja yang pantas ini, aku rasa ramai yang tak sanggup. For sure. Tetapi kerja sebegini lebih kepada "personal interest". Aku tak nafikan jika membuat fast-report akan menjadi sedikit cacat celanya, tetapi apa yang penting maklumat dapat disalurkan kepada rakan-rakan lain yang tidak berada di dalam seminar itu, dapat merasakan "kehanggatannya".
Benda ini bukan baru. Rasanya di Parlimen Malaysia dah buat benda yang sama, kan?
Harapan aku, jika tulisan aku ini agak janggal untuk masa ini, aku harap pada 10 tahun akan datang tidak menjadi sesuatu yang pelik jika ada 1 atau 2 orang blogger yang memang di khaskan di dalam jawatan kerajaan dan mempunyai gred yang tersendiri. *Aminn*
Dato' Seri Najib, please read this post. I'm really serious about this.
i'm official blogger for GAKUM event
4 comments:
waaahh.. bernas jugak idea bro! hehehe
Kid:
Kan bro? kalau ada pembukaan jawatan ini, mmg aku tak segan2 nak apply.. hahhaha~
kreatif idea ko ni bro.. boleh test antar proposal dekat DSN.. hehehe
MyviTrd:
Terima kasih bro. Sebelum hanta kat DSN, hanta ke Pengarah JPA cc ke CUEPACS.. hehehhe~
Post a Comment