Thursday, December 22, 2011

Masa PMR dulu by shahroll



As salam, hello readers...


Dapat balik dengan selamat, aku cukup bersyukur. Semasa perjalanan pulang dari Melaka ke Shah Alam, banyak kemalangan melibatkan lori kontena dan juga bas persiaran. Gerun. Sumpah aku takut sebab aku juga menaiki bas. Mujurlah pemandu bas membawa bas dengan penuh berhemah.


Hari ini keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) sudah keluar.




Tahniah kepada yang berjaya mendapat sederet "A" didalam PMR, dan yang kurang bernasib baik, baiki diri, muhasabah diri kenapa berlaku ketidak-betulan di dalam keputusan hari ini. Kuatkan semangat untuk terus maju di dalam pelajaran akan datang (SPM)


Aku ada 1 cerita. Pasal aku.


Dulu PMR aku cuma ada 1 A je. Itu pun Bahasa Melayu. Lain-lain B dan juga C. Alhamdulillah, aku berpuas hati dengan keputusan tersebut sebab itu lah usaha aku dalam PMR. Kalau buat lebih lagi, mungkin jugak aku mendapat sederet A.


Tapi, banyaknya A di dalam keputusan tidak semestinya yang tidak ada A itu tidak boleh berjaya. Secara logik memang ya, banyak A seorang yang kuar berusaha, pandai dan sebagainya. Yang tidak punyai A, digambarkan sebaliknya.


Dulu cikgu sekolah aku pernah cakap, "Kalau kamu ada DISIPLIN, campak kat mana-mana pun kamu boleh hidup". Sampai hari ini aku pegang cakap cikgu itu.


Tidak mengapa tidak banyak A sekalipun, janji punyai semangat mahu betulkan keadaan dengan disiplin diri & berusaha menjadi yang terbaik. Pilih bidang apa sekalipun, aku sure akan sukses dengan izin Allah SWT. =)


Happy all!

No comments: