foto ehsan: Kosmo!
TAHNIAH kepada pasangan pengantin bari iaitu Ezlynn dan Adam yang selamat disatukan menjadi pasangan suami & isteri. Adam adalah pengurus kepada Ezlynn dalam kerjaya nyanyiannya. Semoga berkekalan ke akhir hayat k? =)
Penyanyi itu selamat bertunang dengan pengurusnya sendiri, Adam Fahmy Shamsudin, 35, di Roof Garden, Pusat Konvensyen Sime Darby Bukit Kiara di sini pada pukul 3.45 petang semalam.
Sejam 15 minit selepas itu, Ezylnn atau nama sebenarnya Azline Ariffin, 30, selamat diijabkabulkan dengan Adam oleh bapanya sendiri, Ariffin Alang Ahmad pada pukul 5 petang.
Majlis pernikahan itu disaksikan oleh jurunikah Masjid Sungai Penchala, Muhammad Ridwan Mohd. Yunus.
"Saya akui gemuruh sebelum majlis bermula dan Alhamdullilah selepas bercinta selama tiga tahun, hari ini (semalam) merupakan hari paling gembira buat saya kerana telah selamat bergelar isteri.
"Saya memilih Adam sebagai suami kerana tertarik dengan sifat bertanggungjawab dan mementingkan kesempurnaan yang ada pada dirinya," ujar Ezlynn.
more: HERE
Enjoy!
[ads: Tempahan untuk Wedding Photography 2012 dibuka sekarang!!]

No comments:
Post a Comment