As salam, hello readers....
Hangat isu ni. Aku je yang lambat touch isu seperti ini. Bukan apa, salah cakap/tulis mau masuk ke "dalam". Eh?
Tapi, aku tengok majoriti lapisan rakyat Malaysia yang MEMBANTAH pergerakan ini terus berleluasa di muka bumi Malaysia. Satu tindakan yang bijak.
Semua agama aku percaya menolak idelogi ini. Dalam Al-Quran ada peringat kat kita pasal benda ni. Kaum Nabi Luth, ingat lagi?
Aku bukan jaguh dalam isu ini, sepertinya sudah ramai menjadi pahlawan-pahlawan siber dalam menentang isu berat seperti ini.
keratan blog mereka
Hujah-hujah mereka...
Antara blog-blog yang menyuarakan bantahan terhadap isu ini:-
Laporan media mainstream:-
KUALA LUMPUR: Berkuat kuasa serta-merta, polis mengharamkan semua program Seksualiti Merdeka 2011 (Perhimpunan Seks Bebas) yang dirancang diadakan bermula hari ini (semalam) hingga 13 November ini.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, semua penganjur diarah menghentikan sebarang program berkenaan kerana terdapat banyak bantahan daripada pelbagai pihak serta menyalahi undang-undang dan jika masih berdegil tindakan tegas akan dikenakan.
Menurutnya, setakat ini, pihaknya sudah menerima dua laporan polis daripada beberapa badan bukan kerajaan (NGO) serta orang perseorangan yang membantah penganjuran program berunsur homoseksual itu.
“Susulan laporan itu, kami sudah melakukan siasatan dan mendapati ramai pihak tidak bersetuju serta membantah program itu termasuk daripada persatuan agama Islam, Kristian, Hindu dan Buddha.
“Mulai hari ini (semalam), kami mengeluarkan arahan supaya apa juga program yang diadakan penganjur Seksualiti Merdeka dihentikan dan polis ingin menasihatkan orang ramai supaya tidak menyertainya kerana ia salah dari segi undang-undang negara,” katanya ketika ditemui di Pangkalan Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM), di sini, semalam.
Katanya, arahan itu dikeluarkan selepas polis menerima maklumat berhubung penganjuran program itu yang boleh menimbulkan ancaman serta menggugat keselamatan dan ketenteraman awam.
Khalid berkata, isu penganjuran program itu kini disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 27 A (1) (c) Akta Polis.
“Polis akan memanggil semua penganjur yang dipercayai terbabit dalam program itu termasuk bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk S Ambiga untuk diambil keterangan.
“Jika program diteruskan, kita mengambil pendekatan memberi nasihat dan meminta mereka bersurai dulu, sekiranya pihak penganjur masih berdegil polis tidak teragak-agak mengambil tindakan lebih tegas termasuk penahanan,” katanya. Menurutnya, polis tidak menentang hak asasi atau hak bersuara mana-mana pihak, namun apabila ia menggugat keselamatan dan ketenteraman awam pihaknya perlu bertindak.
Khalid turut meminta Majlis Peguam Malaysia (Bar Council), supaya memberi nasihat yang betul kepada semua penganjur program berkenaan kerana mereka mengetahui isu homoseksual salah dari segi undang-undang.
“Saya rasa majoriti masyarakat di negara ini tidak boleh terima perkara ini selain ia salah di sisi undang-undang dan Bar Council sepatutnya menasihatkan penganjur supaya ikut undang-undang bukannya turut mempromosikan program terbabit,” katanya.
Akhir kalam...
Kemudian Nabi Luth mendiami kota Sodom di wilayah Jordan. Namun, penduduk kota itu berakhlak keji, malah mereka derhaka dan kufur dengan nikmat Tuhan. Kegiatan merompak barangan yang dibawa kafilah dan mengunjungi pusat maksiat menjadi darah daging mereka. Lebih menjijikkan mereka mengamalkan liwat (homoseks).
Nabi Luth menasihati kaumnya supaya meninggalkan perkara maksiat, sebaliknya beriman kepada Allah, selain mengingati mereka mengenai azab yang bakal diturunkan jika terus bergelumang dengan perbuatan keji itu.
[read more: HERE]
No comments:
Post a Comment