Friday, November 04, 2011

Majlis Pra-Tonton AKU BUKAN TOMBOY part #2



Sambungan dari post *INI*
MENERJAH DI PAWAGAM 17 NOVEMBER INI!!

Kisah bermula dengan rentetan kehidupan Farisa yang kehilangan kasih ibu sejak kecil, hanya bapa kandung yang menjadi pelindung tatkala dia mengharungi warna kehidupan sebagai seorang gadis penghantar pizza yang agresif, kasar dan samasekali bercanggahan dengan sikap gadis normal yang kaya dengan sifat lemah lembut. 

Di sebalik keagresifan Farisa terselindung naluri semulajadi gadis sejati yang menginginkan kehidupan yang biasa dijalan oleh mana-mana gadis sebayanya. Maka, takdir menentukan bahawa, tanpa dirancang Farisa juga berhak untuk menikmati alam percintaan. (sinopsis ABT)

Antara petikan sinopsis untuk filem AKU BUKAN TOMBOY filem ke-6 arahan Syamsol Yusuf. Kali ni, Syamsol buat kelainan sikit dari cerita yang biasa dia buat lah. Komedi romantik. Romantik ke?

Kalau korang pergi tengok filem ni, korang akan disajikan dengan gelak tawa pada babak awal, then korang di"heret" dengan permasalahan pada watak utama, then cinta...lawak....cinta...lawak...cinta... haaaa.. gitu!

Dalam filem ni jugak ditonjolkan watak Pengkid. Pengkid KL? ye la kot. Salina Saibi memegang watak SAM yang suka gila ngan si Farisha, budak ala-ala tomboy tetapi perempuan sejati lagi weh! Nak tergelak pulak aku tengok si Salina pada malam preview sebab malam tu dia gojes sangat! Dalam watak, perghhh.. "flat" habeh!

Walaupun aku akui Syamsol pengarah muda yang berbakat, tapi untuk lakonan aku rasa dia agak kureng sikit. Fokus pada pengarahan aku rasa dah cukup. Gaya arahan seperti yang bapanya katakan, mempunyai visual/pandang sisi yang berlainan daripada Dato' Yusof sendiri.

Ok, gambar time!












Persoalannya adakah terlalu sukar buat si gadis TOMBOY untuk merasai kehidupan sebagai gadis normal yang membencikan hipokrasi demi memiliki cinta sejati?

Sama-sama kita menonton di pawagam yang berdekatan dengan anda! =D

Enjoy!!

2 comments:

- zuriey - said...

tak ambil gmbar dengan retis lain ke

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

Zuriey:

hahaha~ lain2 tu bese je... ngan artis kat atas tu baru 1st time jumpe.. ahahha~