Wednesday, November 09, 2011

Bukan setakat lebih 8 jam, tapi lebih dari 12 jam bekerja sehari! by shahroll



As salam, hello readers...


Memetik dari ruangan online paper Kosmo! yang melaporkan, di Malaysia setelah dibuat kajian, mendapat peratusan bahawa;


"..Kajian itu mendapati 32 peratus daripada pekerja Malaysia dan 38 peratus daripada pekerja global biasanya bekerja antara sembilan hingga 11 jam setiap hari manakala 15 peratus pekerja di Malaysia bekerja secara tetap lebih 11 jam sehari berbanding dengan 10 peratus di seluruh dunia.."


Seperti yang kita sedia maklum, had waktu bekerja adalah 9 jam sehari (tolak 1 jam rehat) bermakna cuma 8 jam sahaja bekerja secara tetap. Lebih dari tu orang kata "overtime" lah.


Bekerja di bawah STRESS!!

Aku akui,sesetengah pekerjaan memerlukan kerja itu bawak balik ke rumah. Aku rasa itu TAK WAJAR. Macam tak berbaloi pula, gaji yang diberi dengan "bebanan" kerja yang terpaksa ditanggung. Memang ia satu tanggungjawab, tapi sampai jadi rutin, tak munasabah lah.

Tapi, untuk yang punyai "part-time" job, itu satu perkara yang berlainan.

[ads: Last YEAR promotion for wedding, portraiture, event photography]

Enjoy!

No comments: