Saturday, November 19, 2011

1st time shoot Muzik-Muzik di Sri Pentas 2, Shah Alam by shahroll



As salam, hello readers...


Semalam lepas balik kerja, berehat sebentar then terus ke Plaza Alam Sentral (PAS) untuk pergi menyaksikan Muzik-Muzik separuh akhir. Actually aku tak tahu apa-apa, tak de plan nak ke sana tetapi atas desakan yang kuat adik aku, nienashah aku layankan je. HUHU~


Siap pakai baju merah lagi.


Sampai kat sana dalam jam 8.05 malam. Suasana di luar legar Sri Pentas masih ramai yang menunggu tiket rasanya. Aku ingatkan mereka sudah ada tiket untuk masuk ke dalam, rupanya tidak!


Selepas pengawal beri aku 2 tiket, baru orang-orang yang sebelum aku tadi serbu pak pengawal tu. kesian. Sampai bertolak-tolak. Rakyat Malaysia agak failed dalam situasi cam ni.


Then, bila aku masuk dalam Sri Pentas, tak ubah macam ko pergi ke konsert. Ada yang bawa banner artis kesayangan. Ada yang bawak kamera (aku la tu) fokus untuk amek gambar je, tak enjoy pon.


Time DRAMA BAND je aku shoot burst then enjoy the show. Walaupun ada sikit kecewa sebab tak boleh mara ke peringkat seterusnya, aku yakin ramai yang tak putus asa dengan DRAMA band. Keep on track ya!


Pengalaman aku semalam memang tak boleh lupa. Sorakan, jeritan dan nyaringan suara peminat-peminat menusuk-nusuk telinga aku di belakang. Korang yang tengok kat tv3 ada nampak Cheryl Samad dengan Faizal FBI kan? aku duduk kat belakang stage kecik dorang tu!


Walaupun ada yang tak dapat duduk, aku salute pihak TV3 yang seboleh-bolehnya mahu memberikan keselesaan kepada penonton di studio tetapi malangnya memang dah penuh seat! Kalau buat konsert memang masyuk!


Tahniah kepada yang mara ke peringkat seterusnya iaitu:-


Nubhan
Hafiz
3 Suara (Shila Hamzah, Ning Baizura & Jackie Victor)
Yuna
Alyah


Aku supporter DRAMA BAND!! yeahhhh....

No comments: