Thursday, October 13, 2011

Nuffnagers Day Out: Screening "Real Steel" by shahroll



As salam, hello readers...


Lepas balik dari tayangan, aku terus balik ke rumah. Maaf pada kawan-kawan bloggers yang tak sempat nak borak ke minum2 ke lepas screening. Lagipun esok kerja, sure korang tak mau lepak2 kan? HAHA..


Terima kasih pada NUFFNANG yang sudi hantar jemputan untuk aku hadiri screening kali ini di e-Curve (Cathay Cineplex) screening 1st lepas aku habis final exam untuk sem 6.


BIG THANKS juga pada Suria (aurikelsan.blogspot.com) yang ambilkan tiket kali ini (sebab aku terlewat sikit tadi..). Dengan kau pon borak sekejap je, huhu. Next time borak panjang-panjang ok? Lain-lain rakan bloggers like Hamzah Ian (TerbangTinggiTinggi) dan juga Anne (penmerah.com)


Review aku untuk cerita "Real Steel"... apa ya?


Hugh Jackman as Charlie Kenton & Evangeline Lilly as Bailey Tallet

Mengisahkan seorang bekas peninju yang dikelilingi dan dibelenggu oleh hutang. Charlie bernasib baik kerana Bailey sanggup bersamanya walaupun keadaan Charlie tidak begitu baik dari segi kestabilan aliran wang. Dengan keadaan sedemikian rupa, maka dalam otak Charlie hanya mencari duit dengan menggunakan robot-robot untuk bertinju.

Walaupun begitu, Charlie dikejutkan dengan berita yang dia punyai anak kecil berusia 11 tahun hasil perkahwinan terdahulu. Bekas isterinya mati. Dan, disebabkan keadaannya tidak begitu baik, anaknya diberi kepada keluarga angkat (lakonan Dakota Goyo as Max Kenton)

source: imdb website

Anak kecil ini meminati robot-robot peninju, seperti ayahnya juga. Max diberi masa bersama Charlie untuk seketika kerana keluarga angkatnya pergi musim panas di Itali. Dengan waktu itulah Charlie dan Max mencari keserasian antara ayah dan anak menerusi minat yang sama, ROBOT!

Charlie sedang train Robot untuk fight dalam perlawanan...

Charlie tidak mempunyai keyakinan terhadap diri sendiri dan mempunyai pemikiran yang singkat akan tetapi anaknya, Max mempunyai visi, matlamat dan yang paling penting mempunyai idea dan strategi dalam setiap perlawanan yang akan berlangsung.

Robot "buangan" G-2 yang gagah!!

Rating untuk movie ini aku bagi 8/10 dan 4 bintang! Tidak keterlaluan aku mengatakan, setiap adengan perlawanan, membuatkan korang tak senang duduk! sure rasa nak bertinju ngan partner sebelah seat korang! seriusly! ^__^

Salah satu watak antagonis di dalam filem RS

Robot G-2 mempunyai "keistimewaan" nya tersendiri, nak tahu? Ayoh! tonton filem yang menarik ini ok.. adios!

Enjoy!


13 comments:

ochs widdle said...

hehe..

nasib tak tertinju muka kau.
anywayy.thanks a lot!

Isaac Tan said...

nice movie indeed. We should catch up one day bro :)

Ken Wooi said...

best!

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

Biskot Milo:

Muahhaha~ bestkan kalau dapat robot macam Charlie beli kat Jepun tu.. huhuhu~ goshhh!!! =D

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

Isaac:

Yeahhh! i'm little bit late lah last night.. huhuhu~

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

Kenwooi:

BEST meyyy... hao liao! =D

ochs widdle said...

haha.sebut url terus tu.

kau taw moral of the story apa dalam cite ni?

benda2 gah dan canggih2 sangat ni cepat hancur dan tak bape nak kuat.

tapi jangan penadanh rendah pada keupayaan barang lama.

Geng Borak said...

aku nak beli robot ni satu laaa.. hahahaaa

pemmerah said...

aku lupe nk bg gambar ko ngan mejahhhh..

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

Kid:

Beli kat Tesco ade kot... ahahhaha~

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

PM:

hheh.. tak pe, dah de lam belog ko kan? aku cedok je nanti.. hhaha~

Anonymous said...

Nak tanya.... Cerita ni ada babak tak elok/tak sesuai utk kanak2 tak? Sbb nk bwk adik darjah 5 tgk Real Steel... Risau jugak kalau ada babak xelok, kalau kissing sekali dua tu boleh lah suruh dia tutup mata pastu sy akan tgk je dia takut curi pandang. Susahlah nak kawal budak zaman skrg byk cobaan hehehe... :'(

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

Anon:

babak cium selama 9 saat.. =)